e-Risalah April - Jun 2024

MuzakarahZakat Kebangsaan M e m p e r k a s a I n s t i t u s i Z a k a t M a l a y s i a Majlis yang berlangsung di The Everly Hotel Putrajaya bermula 5 hingga 6 Jun 2024 telah disertai oleh 102 peserta dari pelbagai latar belakang dari agensi Kerajaan dan swasta. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). USIMmeterai MoU bersama JabatanMufti Negeri Kedah, perkukuh kerjasama dalam pengajian Islam I nstitut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM dan Insititut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai penganjur bersama telah menganjurkan Muzakarah Zakat Kebangsaan Kali ke-10 2024 dengan membawa tema “Institusi Zakat Dalam Membangun Malaysia Madani”. Muzakarah Zakat Kebangsaan merupakan sebuah program Flagship yang telah dilaksanakan oleh Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) dan kini diteruskan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) sejak 2014 lagi. Program ini memfokuskan penyertaan daripada pegawai-pegawai zakat dan mufti- mufti seluruh Malaysia. Dalam program ini, pelbagai resolusi telah dicadangkan dan kemudiannya dilaksanakan oleh agensi yang berautoriti. Tema-tema yang dibentangkan dan dibincangkan adalah berkait rapat dengan isu-isu semasa berkaitan dengan Fatwa Zakat. YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam ucapan perasmiannya berkata, Institusi zakat diyakini dapat memainkan peranan penting dalam menerapkan Rukun Malaysia Madani dengan cara memupuk nilai sosial dan mendorong penglibatan masyarakat dalam kegiatan zakat. Zakat dalam konteks sosial banyak membantu mengurangkan jurang sosial antara golongan miskin dan kaya dengan memberikan bantuan kewangan dan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. “Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan keseimbangan sosial dalam masyarakat. Manakala U SIM telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Mufti Negeri Kedah (JMNK) bertempat di Executive Lounge, Bangunan Canselori pada 5 Jun 2024. Majlis ini telah dihadiri oleh Mufti Negeri Kedah iaitu Sahibus Samahah Yang Berbahagia Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang, Timbalan Mufti dan Pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah. Memorandum Persefahaman ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara USIM dan Jabatan Mufti Negeri Kedah dalam bidang penyelidikan, pendidikan, dan pengembangan ilmu Islam. Melalui MoU ini, kedua- dua pihak telah bersepakat untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang berteraskan kepada pengajian Islam yang lebih holistik dan komprehensif. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan melalui kerjasama ini termasuklah program pertukaran pelajar industri, pembangunan projek e-tauliah mengajar, dan projek penyelidikan tahqiq kitab tafsir surah Yasin karangan Sheikh Idris al-Marbawi. Kali Ke-10 2024: BeritaKampus 16

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=