e-Risalah April - Jun 2024
Kem Motivasi Kerjaya: Persatuan Komunikasi Media Baharu Buka Minda Pelajar SMK Nilai Impian P ersatuan Mahasiswa Komunikasi Media Baharu (NewMeC), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM, santuni 120 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian melalui penganjuran program “Kem Motivasi Kerjaya” melibatkan kolaborasi pelajar tingkatan satu hingga empat pada 5 Jun 2024. Seramai 30 orang mahasiswa NewMeC bersama pensyarah pengiring, Dr. Kartini Kamaruzzaman, Ketua Program, Program Komunikasi Media Baharu sertai program ini yang tujuannya adalah untuk beramah mesra serta meningkatkan pengetahuan para pelajar mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh Program Komunikasi Media Baharu disamping berkongsi hala tuju kerjaya. Pengarah program saudara Muhammad Azham bin Zailani yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Komunikasi Media Baharu berkata, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam menyertai aktiviti kemasyarakatan, selain menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu medium untuk memperkenalkan program pengajian kepada masyarakat setempat. Para pelajar sekolah turut diberikan pendedahan kepada pelbagai jenis kerjaya yang berpotensi diceburi. Aktiviti seumpama ini menggalakkan mahasiswa serta para pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti persatuan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Ketua Program Komunikasi Media Baharu, Dr. Kartini Kamaruzzaman turut menyatakan bahawa usaha persatuan NewMeC ini dapat memberikan pendedahan bagaimana para pelajar sekolah dapat merancang hala tuju kerjaya apabila bergraduasi dari Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan Kepujian. “Mengenalpasti kemahiran pada peringkat awal adalah amat penting seperti mana yang dilakukan dalam pengisian modul Kem Motivasi Kerjaya ini. Program ini juga dilihat berpotensi besar untuk diteruskan lagi, ujarnya lagi Guru pengiring SMK Nilai Impian turut mengucapkan tahniah dan terima kasih dengan semangat kolaborasi yang ditunjukkan oleh Kelab Kerjaya sekolah dan berharap program seperti ini dapat memberi manfaat kepada ummah serta dapat diteruskan pada masa akan datang. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah dijalankan antaranya sesi ‘Ice Breaking’, aktiviti berkumpulan mengelaskan kerjaya berkaitan media Baharu, sorakan paling kreatif dan banyak lagi. Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program Tunas Cekak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Peringkat Kebangsaan 2024 merupakan sebuah program bertujuan untuk memupuk nilai kepimpinan dan memantapkan lagi aspek pengurusan dalam diri setiap ahli persatuan. “Program ini memfokuskan khususnya kepada kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun dengan silibus yang berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara”. Menurut beliau lagi, dengan adanya peluang membenarkan kanak-kanak atau remaja untuk belajar tentang ilmu silat ini membantu dalam proses pembentukan akhlak dan jati diri setiap remaja. “PSSCM mengorak langkah membangunkan modul Tunas Cekak secara sistematik dan berstruktur bagi murid-murid seawal darjah satu. Silibus dan perancangan program Tunas Cekak menyediakan modul yang menyeluruh menekankan aspek pembangunan karakter dan kemenjadian murid berasaskan nilai-nilai murni,” katanya. Ujarnya, kewujudan PSSCM membolehkan remaja mengisi masa mereka dengan perkara yang berfaedah dan USIM adalah salah satu platform yang mana membantu dalam merealisasikan tujuan maupun objektif program ini sendiri. Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Datuk Hj Maideen bin Kadir Shah berkata, PSSCM telah memartabatkan ilmu warisan terdahulu dan menghakis pandangan negatif tentang silat oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. “Namun, menyedari bahawa terdapat juga sebahagian kecil amalan silat yang bercanggah dengan prinsip agama Islam, saya berharap JAKIM boleh bekerjasama dengan PSSCM untuk mendapatkan maklumat dan rujukan kepada segala amalan silat agar selari dengan kehendak syariat Islam,” katanya lagi. BeritaKampus 13
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=