e-Risalah April - Jun 2024
FEM jayakan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Salak Memperkasa Belia: USIM anjur Program Kebangsaan Tunas Cekak hasrat pupuk nilai kepimpinan S eramai 208 orang pimpinan pelajar sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah menjayakan program Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Salak yang diadakan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pad 8 Jun 2024. Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan anjuran Bersama pihak sekolah di bawah Unit Disiplin dan Pengawas, Unit Bimbingan dan Kaunseling (BKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Salak dengan kerjasama Chapter Alumni FEM, USIM. Program kerjasama ini merupakan salah satu usaha pihak Chapter Alumni FEM untuk menterjemahkan keterlibatan alumni dalam aspek libatsama masyarakat & pemindahan ilmu yang berkhidmat di institusi awam dan juga agensi swasta. Usaha sama ini dijayakan melalui inisiatif Puan Nor Diana binti Amiruddin, guru di SK Salak, yang juga merupakan graduan FEM tahun 2007. Encik Mohammad Noorizzuddin Nooh telah menyampaikan sesi ceramah kepimpinan dan serta taklimat kemasukan ke FEM oleh Dr. Najwa Mohd Najib. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Dr. Mohd Shukor Harun, Pengerusi Persatuan Alumni USIM. Majlis diserikan dengan penyampaian Sijil Jalinan dan Jaringan di antara pihak sekolah dan Chapter Alumni serta penyampaian sijil kepada fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa FEM, dan sijil kepada semua peserta. Rata-rata pimpinan pelajar dan guru-guru sangat teruja dengan program ni kerana ianya merupakan kem kepimpinan yang pertama dianjurkan di luar sekolah. Program seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan alumni dengan pihak Fakulti dan USIM keseluruhannya serta mendekatkan USIM dengan masyarakat. K ursus Pengurusan dan Pemantapan Program Tunas Cekak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Peringkat Kebangsaan 2024 berjaya dilaksanakan dengan kerjasama USIM betempat Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 4 Mei 2024. Program ini merupakan platform yang mampu mencegah masalah sosial dalam kalangan remaja serta mempromosikan USIM sebagai taman pengetahuan sekaligus mampu menjadikan insan yang berilmu dan berdisiplin selaras dengan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Seramai 200 orang ahli PSSCM dari seluruh negara yang hadir menyertai kursus ini bagi merealisasikan hasrat Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM untuk Seni Silat Cekak Malaysia terus berkembang ke seluruh negara melalui Program Tunas Cekak. Komuniti Pembangunan Kurikulum Tunas Cekak Malaysia, PSSCM, Muhammad Ghazawi berkata, BeritaKampus 12
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=