e-Risalah April - Jun 2024

USIMPerkenal Figura3DCelikSolat OKUPenglihatan PertamadiMalaysia S ejarah terukir apabila USIM melalui hasil penyelidikan Smart Manufacturing and Advanced Renewable Technology Research Group (SMART RG) dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) memperkenalkan Figura 3D Celik Solat Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan pertama di Malaysia sempena Majlis Perasmian Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024 yang berlangsung di Atrium, Pusat Sains Negara. Bertemakan “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi”, MSN 2024 mensasarkan penglibatan 600,000 pelajar sekolah, institusi pendidikan tinggi serta masyarakat umum. Profesor Dato’ Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor berkata figura ini akan dipamerkan di Pusat Sains Negara sebagai salah satu inisiatif infaq dan dakwah USIM kepada seluruh masyarakat di Malaysia terutama komuniti OKU penglihatan. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Smart Manufacturing and Advanced Renewable Technology Research Group (SMART RG) dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) untuk menghasilkan figura 3D ini yang akan memberi manfaat kepada komuniti OKU penglihatan untuk mempelajari kaedah solat yang betul,” tambah beliau. Figura ini akan dipamerkan di Pusat Sains Negara sebagai salah satu inisiatif infaq dan dakwah USIM kepada seluruh masyarakat di Malaysia terutama komuniti OKU penglihatan. Al-Quran Braille Malaysia. “Projek ini adalah usaha dan sumbangan dalam memelihara serta mengangkat kesucian Al-Quran dalam komuniti OKU Penglihatan di samping mengukuhkan rasa inklusiviti dalam kalangan masyarakat” ujarnya. “Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil sinergi bersama di samping komitmen dan kesungguhan serta usaha gigih yang diberikan oleh ahli kumpulan dalam memastikan kelancaran semasa pertandingan. “Semoga kemenangan ini memberi inspirasi & semangat untuk kami terus menghasilkan penyelidikan & inovasi yang memberi manfaat berpanjangan kepada Ummah & masyarakat” ujarnya lagi. Profesor Madya Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus, Pengarah UMMI berharap agar UMMI ini menjadi platform penyampaian dakwah OKU melalui pendekatan integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang sentiasa menyokong mana-mana usaha ke arah memperkasa komuniti OKU dan mengupaya peranan masyarakat yang inklusif. “Terima kasih UiTM Cawangan Melaka di atas kesudian untuk menjemput UMMI sebagai rakan kolaborasi seterusnya menjayakan hasrat dan matlamat MIIEX2024”. “Kita mengharapkan lebih ramai lagi IPT turut serta dalam agenda inklusiviti negara di samping memartabatkan misi muliakan OKU dengan Agama” ujarnya. Sebanyak lebih 500 penyertaan yang melibatkan Insitusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta serta agensi korporat dan jabatan kerajaan telah sertai MIIEX 2024. BeritaKampus 11

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=