e-Risalah April - Jun 2024
USIMperkenalEbrelle (LaptopfortheBlind) terunggul di Pusat SainsNegarauntuk golonganOKUpenglihatan Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX2024) U SIM melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah menyerahkan komputer Braille, eBrelle kepada pihak Pusat Sains Negara melalui Program Hari Istimewa Sains yang telah dijalankan pada 25 Jun 2024. Produk tersebut telah diserahkan oleh Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani kepada Pengarah Pusat Sains Negara, Encik Mohammad Fuad Rahman dengan disaksikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia. Menurut Penyelaras (Penyelidikan Inklusif) UMMI, Dr. Mohd Nur Adzam Rasdi berkata, inovasi inklusif, eBrelle (Laptop for the Blind) merupakan peranti elektronik yang berfungsi sebagai komputer riba khusus bagi individu OKU Penglihatan. Produk ini telah direka cipta oleh Syarikat eDote Sdn Bhd yang diketuai oleh Ts. Dr. Shaharil Mad Saad dan produk ini mampu untuk menulis dan mencatat teks dalam tulisan Braille serta mentranskripsi fail-fail digital dalam format PDF, Word dan Power Point, manakala UMMI membangunkan kandungan bahan bacaan Islamik versi Braille bagi produk ini. ”Permintaan komuniti OKU terhadap bahan bacaan Islamik mengukuhkan kolaborasi strategik antara USIM dan Syarikat eDote Sdn. Bhd. dalam menawarkan peranti yang boleh memanfaatkan bahan bacaan Islamik seperti kandungan Quran Braille baharu yang memenuhi standard Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)” ujarnya lagi. Produk eBrelle turut dilengkapi dengan kemudahan Bluetooth dan Wifi serta mempunyai ruang penyimpanan maklumat sendiri bersaiz 32GB dan produk ini dijangka akan dipasarkan dalam masa yang terdekat bagi membantu komuniti OKU Penglihatan memperolehi akses kepada sumber ilmu. UMMI turut terlibat dengan pembukaan ruangan pameran dan aktiviti seperti Kuiz Quran Isyarat, Celik Solat OKU Penglihatan dan Teka Silang Kata Braille. P usat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) sekali lagi telah mengharumkan nama USIM melalui kemenangan memperoleh 3 pingat Emas dan 2 pingat Perak di Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX 2024) yang telah berlangsung di UiTM Kampus Melaka pada 12 Jun 2024. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Kalsom Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka. Kemenangan tersebut turut diraikan melalui penerimaan dua pengiktirafan khas melalui Anugerah Tuah (Best Innovation Award) – Projek The Innovation of Eight New Braille Codes for Mashaf Quran Braille Malaysia dan Anugerah Kasturi (Best Design Award) – Projek Malaysia Sign Language Development Model for Islamic Terminology. Dr. Nur Atiqah Abdul Aziz, Ketua Penyelidik bagi Projek The Innovation of Eight New Braille Codes for Mashaf Quran Braille Malaysia, projek ini merupakan inovasi terhadap penambahan 8 kod baru Braille di dalam Mashaf IbnuUmmi MaktumRaih3 Emas, 2Perakdi BeritaKampus 10
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=