e-Risalah USIM April Jun 2023
Jelajah sahur USIMsantuni petugas barisan hadapan U SIM menerima kunjungan hormat daripada Atase Pendidikan kedutaan Libya ke Malaysia yang diketuai oleh Dr. Aiman El-Mahmoodi. Beberapa perancangan kerjasama yang dibincangkan termasuklah peluang penawaran biasiswa pendidikanuntukwarga Libya menyambung pengajian di peringkat tinggi di Malaysia, peluang penawaran l a t i h a n / k u r s u s jangka pendek serta beberapa aktiviti akademik lain seperti program pertukaran pelajar di antara kedua-dua negara. Tertarik dengan pencapaian USIM yang aktif dalam aktiviti penyelidikan menerusi kegiatan penyelidikan Ibnu Ummi Maktum Research Centre (UMMI), iaitu pusat penyelidikan golongan kelainan upaya (OKU) berteraskan pendekatan ilmu Naqli dan Aqli, pihak Kedutaan Libya turut memberikan reaksi positif terutamanya dalam usaha untuk menempatkan calon pelajar yang berstatus OKU untuk menyambung pengajian di USIM. Kerjasama ini sekiranya direalisasikan dengan baik, berupaya untuk menyemarakkan semula kehadiran pelajar antarabangsa terutama dari Libya ke USIM dan hubungan dua hala antara institusi pendidikan berkaitan. Hal ini selaras dengan usaha kedua- dua buah negara dalam merancakkan semula aktiviti pengantarabangsaan dalam bidang akademik yang terhalang selama hampir dua tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19. M enjelang Ramadan pastinya pelbagai program dilaksanakan oleh pelbagai institusi untuk menjadikan pengisian bulan mulia ini lebih bermakna. USIM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta My Aqsa Defenders, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga tidak melepaskan peluang menganjurkan program jelajah sahur bagi menyantuni petugas barisan hadapan di lebih 10 lokasi di sekitar Nilai, Mantin, Pantai dan Lenggeng, Negeri Sembilan baru-baru ini. Program yang melibatkan kira-kira 80 orang peserta termasuk 30 orang pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/i USIM (SUKSIS) ini berjaya menyampaikan kira-kira 220 set makanan sahur kepada sebilangan warga USIM serta anggota- anggota yang bertugas di beberapa buah balai polis dan balai bomba terpilih antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Balai Bomba Nilai, Balai Polis Mantin, Balai Polis Pantai, Balai Bomba Pantai, Balai Polis Lenggeng, Balai Polis Broga serta Balai Polis Pantai. Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani yang turut menyertai jelajah ini berkata “Program jelajah sahur ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) USIM@Community, di bawah salah satu agenda “USIM cemerlang, USIM Disayang”. “Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu manifestasi kebersamaan USIM bersama komuniti. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, My Aqsa Defenders, PDRM serta pelatih Kor SUKSIS USIM yang telah menyumbang pelbagai barangan, tenaga dan masa dalam menjayakan jelajah sahur ini”. Ujar beliau lagi. USIM terima LawatanAtase PendidikanKedutaan Libya BeritaKampus 09
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=