e-Risalah USIM April Jun 2023

B ertepatan dengan saranan USIM untuk menyantuni komuniti luar agar lebih akrab dengan warga universiti, Pusat Kebudayaan USIM meneruskan kesinambungan sinergi di kalangan penggiat seni, barisan alumni seni budaya serta mahasiswa melalui pelantikan Penasihat Produk Seni, Karyawan Seni, Ikon Seni USIM dan Pemimpin Kelab Seni Budaya. Pelantikan ini sejajar dengan pengukuhan elemen Seni Berbudaya selain meningkatkan jaringan warga USIM bersama pihak industri. Encik Ismail Ahmed Pengarah Pusat Kebudayaan berkata, ”Majlis pelantikan ini merupakan usaha bersama dengan para penggiat seni serta barisan alumni USIM untuk berkongsi pengalaman, idea buah fikir sekaligus menjadi ejen penerus dan penggerak kepada nilai Seni Berbudaya yang dibawa oleh Pusat Kebudayaan USIM”. “Pelantikan penasihat produk seni USIM dan enam karyawan seni yang berpengalaman memainkan peranan besar dalam memberi bimbingan profesional dan kepakaran kreatif selain sebagai satu anjakan keterlihatan untuk USIM dalam hal-hal seni budaya”. “Penggabungan karyawan seni ini amat bersesuaian dengan aspek kepatuhan syariah yang menjadi keutamaan dan melonjakkan USIM sebagai peneraju dalam kesenian Islam”, ujarnya lagi. Pada majlis yang sama Naib Canselor turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 40 orang Ikon Seni USIM. Ikon Seni yang dilantik dalam kalangan alumni USIM ini mempunyai ciri kebersamaan untuk terus menyumbang dan berkongsi kepakaran dalam bidang seni budaya serta masih aktif terlibat dalam persembahan, pengacaraan dan sebagai pemuzik secara separuh masa. P enyertaan pertama kali mewakili universiti membawa tuah buat Muhammad Zamratur Rahman Yussri, pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM apabila dinobatkan sebagai johan pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Keluarga Perpaduan Terbuka IPT anjuran Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tempat ketiga turut dimenangi oleh Nurhidayatul Akmal Khairunnisa Amir Hamzah, pelajar USIM dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU). Mereka berdua adalah dari Kumpulan Puisi Kelab Penerbitan Kreatif Pusat Kebudayaan. Muhammad Zamratur Rahman Yussri, pelajar tahun dua program Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi yang berasal dari Kuala Lumpur itu melahirkan rasa syukur dan gembira untuk berkongsi kemenangan ini bersama ibu bapanya. ”Persiapan memang tidak cukup dan agak tergesa-gesa sehinggakan waktu yang sempat saya peruntukkan untuk latihan hanya lebih kurang seminggu bersama rakan seperjuangan Nur Hidayatul Akmal. Saya amat terhutang budi kepada tenaga pengajar dari Pusat Kebudayaan USIM yang sanggup datang dari jauh hanya semata-mata untuk melatih kami berdua yang baru merangkak dalam dunia puisi” ujarnya. “Ketika di sekolah menengah, saya sangat aktif menyertai pertandingan berkaitan seni suara seperti pantun, sajak, pidato,dan dai siber. Justeru, saya nasihatkan kepada setiap mahasiswa agar pasakkan dalam diri bahawa apa sahaja aktiviti persatuan atau pertandingan yang kita ceburi tidak mengganggu prestasi pembelajaran. Selain itu, sentiasa betulkan niat dan percaya bahawa usaha boleh ditiru, tetapi rezeki Allah yang beri.” “Semoga usaha dalam membina diri kalian agar menjadi insan yang lebih baik dan menambah nilai hamba kepada Sang Pencipta pada masa akan datang dipermudahkan, serta memberi manfaat kepada orang lain” tambahnya. Pelajar USIM Rangkul Johan Sayembara Deklamasi Sajak Keluarga Perpaduan Terbuka IPT USIM pertingkat sinergi hasilkan Produk Seni patuh Syariah BeritaKampus 07

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=