e-Risalah USIM April Jun 2023

USIM Terbit kongsi manfaat kepada masyarakat Produk Seni Berbudaya, U SIM melalui Pusat Kebudayaan sekali lagi mengangkat produk seni budaya sebagai ejen mendidik masyarakat dengan menerbitkan tiga buah produk iaitu buku bertajuk ‘Foto Jurnal: Kolo Pilah Di Sini Hati Den Terpaut’, buku kit Mahir Khat dan Jawi dan album ‘USIM Taranum 5 Juara. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ketika ini. Penghasilan produk ini merupakan hasil kerja kreatif mahasiswa, alumni dan warga USIM yang bertujuan untuk mengangkat seni budaya Islam dan meluaskan capaian jaringan produk seni yang memenuhi kepatuhan syariah untuk memberi manfaat kepada masyarakat. BeritaKampus 06

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=