e-Risalah USIM April Jun 2023

Penyelidikan& Inovasi 05 Turut memenangi anugerah adalah dua lagi produk inovasi yang dipertandingkan iaitu Celf Biofilm, dan Eco Caldent yang memenangi anugerah Emas dan Perak. Pameran yang bertemakan ‘Teknologi Membalikkan Perubahan Iklim’ itu berlangsung selama dua hari dan menghimpunkan 700 penyertaan reka cipta dari pelbagai institusi dan individu dari pelbagai negara. Ia dilaksanakan serentak dengan World Young Inventors Exhibition (WYIE) yang menghimpunkan pereka cipta generasi muda dari Malaysia dan seluruh dunia. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik MohdNoor, TimbalanNaib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Saya berharap agar para penyelidik terus bersemangat menghasilkan inovasi-inovasi yangmampumemberi manfaat kepadamasyarakat dan menaikkan nama universiti khususnya dan negara amnya. Produk yang dicetak secara 3D ini yang mana reka bentuk pengudaraan dan kebersihannya juga membantu mengurangkan potensi risiko komplikasi semasa proses penyembuhan. Ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada pesakit, tetapi juga mesra alam. PHB boleh terbiodegradasi, menjadikannya pilihan yang lebih mampan berbanding tuangan tradisional yang diperbuat daripada sumber tidak boleh diperbaharui.” Ts. Dr. Mohd Ifwat Mohd Ghazali, Ketua Penyelidik. “ “ BioCast inovasi BioCast yang turut dianugerahkan Anugerah Inovasi Terbaik (Best Invention Award) daripada Patent office of the cooperation council for the Arab States of the Gulf, merupakan kas lengan (arm cast) yang diperbuat daripada PHB, polimer semula jadi yang diperoleh daripada sisa makanan, dan resin berasaskan urethane dimethacrylate (UDMA). Mengikut pengalaman pesakit yangmengalami patah tulang lengan yang menggunakan BioCast ini, tempoh penyembuhan yangmampan dan lebih selesa dirasai olehmereka di mana ia disesuaikanmengikut dimensi dan keperluan pesakit.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=