e-Risalah USIM April Jun 2023

Penyelidikan& Inovasi 04 Pengiktirafan Khas ITEX2023 D ua daripada empat produk inovasi USIM yang dipertandingkan di Pameran Reka Cipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2023 menerima pengiktirafan khas, iaitu Anugerah Inovasi terbaik bagi kategori Institusi Pendidikan dan Universiti melalui inovasi ICE BOX (Indoor, Comfort, Environment) dan Anugerah Inovasi Terbaik melalui produk inovasi ‘BioCast’ daripada Patent Office of the Cooperation Council for the Arab States of the Gulf. Kedua-dua inovasi tersebut menerima anugerah pingat emas. ICE BOX (Indoor, Comfort, Environment) sistem yang berfungsi untuk menyejukkan ruang ke tahap keselesaan penghuni hasil daripada perubahan haba termostat dari cecair ke ais yang direka bentuk secara modular. Sistem yang dijana dari sumber solar atau grid mengurangkan pengeluaran karbon juga sebagai Bateri untuk penyimpanan tenaga termal untuk penukaran fungsi penyejukkan pada waktu malam dan penukaran haba ke sistem air panas pada siang hari untuk sesebuah penempatan. Menariknya, sistem ini telah dijalankanmelalui tiga fasa iaitu dalamsaiz yang berskala besar dengan kerjasama industri, seterusnya ditambahbaik rekabentuk dan sistem yang dikhaskan penggunaannya untuk sebuah rumah dan peringkat penyesuaian rupa produk bagi kegunaan pada ruang awam. Dua Produk Inovasi USIM terima Sistem ini telah diuji pada iklim yang berbeza; tropika dan empat musim semasa pembinaan dalam pertandingan Rumah Solar di Dubai 2018. Hasilnya menunjukkan permintaan elektrik puncak, dan dengan itu menjimatkan tenaga, sambil mengekalkan tahap keselesaan penyejukan yang sama. Apa yang penting, sistem ini dapat memberi peluang kepada setiap penghuni menikmati tahap keselesaan yang optima dan memberi peluang kepada pengusaha perumahan dengan kaedah penjimatan ini.” Prof. Madya Ar. Dr. Elina Mohd Husini, Ketua penyelidik “

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=