e-Risalah USIM April Jun 2023
B eberapa isu utama sosial dan ekonomi telah dikupas oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dalam program yang berlangsung kira-kira dua jam tersebut, Perdana Menteri turut meluangkan masa menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh hadirin merangkumi aspek akademik pengajian tinggi, sosio dan ekonomi termasuklah untuk meneliti cadangan pembinaan hospital pengajar dan kolej kediaman pelajar di USIM yang akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang memandangkan ianya merupakan keperluan mendesak di USIM. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi lokasi ProgramTemu Anwar @Negeri Sembilan yang berlangsung pada 24 Jun lalu dengan kehadiran kira-kira 3,000 orang pelajar universiti, politeknik dan sekolah menengah di sekitar negeri ini. Temu Anwar ialah programdialog anak muda yang diadakan secara bersiri sejak 2009, khusus untuk orang ramai mendekati danmengenali lebih dekat pemimpin utama negara itu. Seluruh warga USIM turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memilih USIM sebagai lokasi Program Temu Anwar @ Negeri Sembilan yang pastinya memberikan impak serta perspektif yang berbeza terutama bagi golonganmahasiswa. TemuAnwar @NegeriSembilan di USIM 3,000 Hadir Program BeritaKampus 03
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=