e-Risalah USIM April Jun 2023

Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2023 meraikan seramai 49 orang Pegawai Bomba Bantuan Siswa yang ditauliahkan dengan melibatkan 27 orang dari kohort kelima dan 22 orang dari kohort keenam siswa dan siswi USIM yang telah menamatkan latihan serta program kokurikulum berkredit. Turut diadakan pemakaian pangkat Kehormat oleh Yang Amat Setia Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dianugerahkan kepada Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor USIM sebagai Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat). Yang Amat Setia Dato’ Ts. Nor Hisham Mohammad dalam ucapannya berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia giat dalam usaha menjayakan inisiatif ‘Total Fire Safety Management’, dengan membangun dan melaksanakan modul pembelajaran dan aktiviti kokurikulum keselamatan kebakaran di pelbagai peringkat institusi pendidikan, samada untuk peringkat sekolah mahupun untuk peringkat yang lebih tinggi, termasuklah di IPT. “Pembangunan rangka pembelajaran dan program kokurikulum ini adalah setara dengan sistem dan piawaian antarabangsa yang dipupuk dan digunapakai oleh tenaga pengajar fire safety educators di negara maju, agar tahap perlindungan kebakaran serta aspek pengurusan kecemasan dapat diuruskan dengan lebih sistematik”. 49 Pegawai Bomba Bantuan Siswa USIM ditauliah 39 Jurulatih Pemulihan Dadah Ditauliah USIM sentiasa menyokong penuh aktiviti kerjasama dengan pelbagai pihak terutama bagi program yang dapat memberikan impak kepada komuniti. Terkini, seramai 39 orang jurulatih telah dianugerahkan sijil sebagai jurulatih pemulihan yang bertauliah pada Majlis Graduasi Jurulatih Pemulihan Bertauliah Certified Recovery Coach (CRC) 2.0 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Bertepatan dengan aspirasi USIM Cemerlang, USIM Disayang, program latihan jurulatih pemulihan bertauliah ini direka untuk individu dalam kalangan masyarakat sama ada bekas pengguna atau bukan, yang ingin membina pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemulihan ketagihan bahan terlarang seperti dadah. Jurulatih yang ditauliahkan ini akan membantu menangani isu serta masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun dan harmoni. Program ini diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan kerjasama Malaysian Substance Abuse Council (MASAC). BeritaKampus 019

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=