e-Risalah USIM April Jun 2023

Pelajar Kolej Genius Insan USIM Peroleh Keputusan Cemerlang SPM2022 USIMMuncul Johan Keseluruhan National Dental Students Scientific Conference 2023 K umpulan Pelajar Fakulti Pergigian (FPg), USIM muncul johan keseluruhan apabila berjaya membawa pulang 11 pingat dalam 15th National Dental Students Scientific Conference 2023. USIM selaku johan menang empat pingat emas dalam acara Research Roadmap, Table Talk, The Diagnosis Dash dan Fusion Test, selain empat pingat perak dalam acara DENTech 2023 3D Design Your Dental Clinic, DENTech 2023 Dental Education Video, Capture the Moment dan Quiz Master Competition. Selain itu, tiga pingat gangsa turut dimenangi dalam acara Wildlilfe Wires, DENTech 2023 Dental Education Video dan Digital Dental Derby. 15th NDSSC 2023 mempertandingkan 14 acara yang melibatkan 13 institusi iaitu USIM, Universiti Malaya (UM), UiTM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), MAHSA University, SEGi University, Lincoln University College, AIMST University, International Medical University, Penang International Dental College dan Malaysia Manipal University College. Seramai 16 pensyarah dan 46 pelajar Fakulti Pergigian USIM menyertai program ini. Dr. Ainuddin Yushar Yusof, Dekan Fakulti Pergigian USIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemenang atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan untuk mencapai kemenangan yang membanggakan serta berharap agar kemenangan ini dapat menjadi inspirasi bagi pelajar lain yang mungkin menghadapi cabaran dalam pembelajaran. S eramai 62 murid Kolej Genius Insan di USIM menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. Keterujaan jelas kelihatan apabila masing-masing memperolehi keputusan yang cemerlang dengan seorang pelajar memperoleh 11A+, 13 orang murid memperoleh keputusan 11A, manakala 13 orang lagi memperoleh keputusan 10A. Ahmad Shauqi Afif Adnan Kameng dari Kolej Genius Insan USIM yang merupakan anak kedua dari enam beradik yang berasal dari Banting, Selangor menjadi antara pelajar yang dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang SPM 2022 yang peroleh 11A+. Menjelang peperiksaan SPM, Ahmad Shauqi akan mengulangkaji semula nota lama dan mula membina jadual belajar yang lebih tersusun dan fleksibel, yang mana tidak menganggu waktu rehat atau waktu riadahnya. “Saya bantu dan ajar rakan-rakan yang lain bagi subjek yang saya sudah mahir, lagi banyak saya ajar, lagi banyak saya faham dan saya masih meneruskan latihan kendiri secara konsisten serta doa dan tawakal, ujarnya yang bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) sebagai seorang Software Programmer”. Sementara itu, Dr Mahiz Spawi Pengarah KGI mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SPM 2022 atas kejayaan masing-masing, dan mendoakan agar semua pelajar berjaya walau di mana sahaja meraka berada serta mengharapkan lebih ramai yang akan memilih untuk menyambung pengajian di USIM kelak. BeritaKampus 017

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=