e-Risalah USIM April Jun 2023

Minggu Sains Negara 2023 USIM Tuan Rumah Peringkat Negeri Sembilan U SIM dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya (STAJA) Seremban, dan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban telah menganjurkan Karnival ExploreSTREAM USIM- STAJA 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya. Program yang menggabungkan elemen SULAM dan STREAM iaitu Sains, Teknologi, Agama/ Keagamaan, Kejuruteraan, Kesenian, dan Matematik ini menyaksikan seramai 658 pelajar USIM bersama 1250 murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said dan sekolah- sekolah jemputan lain sekitar Negeri Sembilan. Sebanyak 11 kursus kurikulum dengan 51 modul dilaksanakan di bawah program-program pengajian di USIM merangkumi Fakulti Sains Teknologi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Shariah Undang-Undang, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah serta Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah. Program ini turut mendapat sumbangan dari pelbagai pihak seperti Pusat Wakaf dan Zakat USIM, AEON BiG Putrajaya, SugarBomb, FastLab, Econsave dan SUTRA. Karnival Explorestream2023 Tingkat Daya Saing Pelajar Berkaitan Sains dan Teknologi K ementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama USIM dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) komited dalam usaha mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan menganjurkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor USIM. Dengan tema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” karnival yang dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang, Minggu Sains Negara mensasarkan kehadiran pengunjung seramai 2,000 orang yang terdiri dari pelbagai pemegang taruh seperti pelajar sekolah, belia kolej dan institusi pengajian tinggi, para guru, pemain industri serta orang awam di daerah Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya. YB Chang Lih Kang dalam ucapannya berkata bahawa, pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) tidak terhad kepada pendidikan secara formal di dalam kelas atau bilik darjah sahaja. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan akan menggunapakai kaedah hands-on dan secara langsung daripada pengamal serta pakar STI. Melalui kaedah ini, pembelajaran berteraskan STI ini dapat disampaikan secara interaktif khususnya berkaitan pengaplikasian teknologi dalam kehidupan seharian. Objektif utama penganjuran karnival ini adalah bagi merealisasikan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam membudayakan STI dalam kalangan masyarakat setempat. Ia juga memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan untuk mengetengahkan teknologi dan inovasi masing-masing untuk menarik minat khususnya golongan belia dalam bidang teknologi. Pelbagai aktiviti dan program yang disediakan untuk para pengunjung antaranya adalah pameran reruai, STEM Workshop, Mini Planetarium, Science Monopoly dan Chemistry & Biotech Spell-it-Right. BeritaKampus 016

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=