e-Risalah USIM April Jun 2023

WajahUSIM 015 Perkongsian Pengalaman semasa di Mesyuarat Nobel Laureate ke-72 Mesyuarat Nobel Laureate lain daripada persidangan- persidangan yang pernah saya hadiri sebelum ini. Setiap ahli yang hadir pada mesyuarat ini dapat menemu ramah, berbual bersama ahli Nobel laureate, ahli saintis lain, penggubal polisi, ahli media dan juga ahli jawatan kuasa sains di peringkat global. Pengalaman ini mengajar saya bahawa terdapat banyak peluang untuk rakyat Malaysia belajar, mendapat pembiayaan dari segi penyelidikan dan bimbingan dalam kerjaya mereka. Saya percaya walaupun setiap orang mempunyai minat yang berbeza untuk merealisasikan harapan dan impian mereka. Saya berharap sebagai seorang ahli akademik, kita semua akan lebih bekerja keras dan bersemangat dalam melakukan pekerjaan yang diceburi untuk memberi kebaikan kepada masyarakat. Peranan penyelidik dalam memacu pembangunan negara, terutamanya dalambidang penyelidikan sains Saya berpendapat bahawa para penyelidik harus sentiasa menggunakan sains untuk memahami pelbagai fenomena alam. Pemahaman melalui sains akan membolehkan kita membangunkan teknologi baharu yang boleh memberi manfaat secara langsung kepada negara. Saya juga percaya bahawa sains dan penyelidikan perlu diterjemahkan kepada masyarakat. Justeru, penyelidik harus memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan juga, dan menggunakan sains untuk memberi solusi kepada masalah dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat. Contohnya, bagi masyarakat yang mengalami masalah untuk mendapatkan akses kepada fasiliti kesihatan, penggunaan kepintaran buatan ( artificial intelligence ) dan health wearables boleh digunakan untuk membantu pembuatan diagnosis dan merekod data kesihatan. Kedua, masalah plastik dan kitaran semula yang melanda dunia, boleh diatasi dengan penggunaan bakteria yang telah dimodifikasi secara molekular. Terdapat bakteria yang kini boleh memetabolismekan plastik, justeru dapat mengurangkan masalah plastik dan pencemaran di lautan. saya juga berharap bahawa para penyelidik bukan sahaja akan berkolaborasi dengan pihak industri untuk mencipta teknologi baru, malah juga dengan pihak media semasa untuk menyampaikan hasil penyelidikan dan juga menyampaikan fakta-fakta tentang fenomena alam. Harapan Dr. terhadap perkembangan sains padamasa akan datang Pada pendapat saya, sains akan terus membentuk dan mengubah masyarakat. Jika digunakan dengan baik, pemahaman dan penggunaan dalam bidang sains mampu menangani cabaran isu global, meningkatkan kualiti hidup, dan memacu inovasi dari pelbagai bidang. Saya berpendapat di masa akan datang, akan ada inovasi yang baik untuk menyelesaikan masalah pemanasan global, biodiversiti, teknologi yang mampan dari segi kepintaran buatan ( artificial intelligence ), peningkatan kualiti penyelidikan dan sebagainya. Selagi usaha saintifik dipandu oleh agama dan etika, mengutamakan kesejahteraan manusia dan planet ini, insyaAllah masa depan kita berteraskan pemikiran saintifik dapat membentuk masyarakat yang lebih mampan, kritikal dan makmur.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=