e-Risalah USIM April Jun 2023

200 peserta termasuk 38 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) USIM serta pelajar dari beberapa Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta orang awam telah menjalani Program Kebolehpasaran Graduan Penjana KPT-Career Advancement Programme (KPT-CAP) menerusi projek pembinaan sebuah rumah contoh asnaf bertujuan untuk memperkenalkan rumah teknologi hijau yang boleh dijadikan ilham kepada pusat-pusat zakat Majlis Agama Islam di seluruh Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff bertempat di Mizan Park, USIM. Program yang dijalankan selama dua minggu dimulakan dengan program secara dalam talian menerusi modul RPG Group dan CIDB IBS 3 Malaysia selama empat hari, dan peserta seterusnya menjalani program secara amali melibatkan gerak kerja memasang rumah tersebut. “USIM amat berterima kasih kepada RPG Group kerana berterusan menjalin hubungan baik dengan FKAB. Kesudian pihak RPG Education & Training Centre menyumbangkan hasil binaan yang bernilai RM60,000.00 ini akan dimajukan sebaiknya bagi membantu meningkatkan fasiliti di kampus USIM,” ucap Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff. Sementara itu, Encik Azuhan Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif RPG Group berkata, konsep hijau yang diketengahkan merujuk kepada dinding rumah menggunakan panel IBS di mana teknologi ini hampir 80 peratus dapat menjimatkan pasir, simen dan mengurangkan lebihan barangan binaan di tapak bina. Impaknya, alam sekitar dapat dilindungi dari pembaziran di tapak binaan. Ujarnya lagi, sebahagian dari sistem eletrik rumah akan dijana daripada tenaga solar sebagai back up untuk tenaga sambungan grid Tenaga Nasional Berhad (TNB). Seterusnya dapat menjadikan ia sumber tenaga lestari dan mengurangkan beban kewangan asnaf. Seterusnya, rumah ini akan dilengkapi dengan sistem penuaian air hujan/SPAH atau Rainwater Harvesting sebagai persediaan sumber air alternatif dan dikumpul secara alami dari bumbung rumah itu sendiri. ProgramKebolehpasaran Graduan PenjanaKPT- CAP, Bina rumah contoh untuk asnaf Bank IslamMalaysia Berhad santuni mahasiswa USIM melalui Program Musaadah4student U SIM berbesar hati menerima sumbangan berjumlah RM30,000.00 daripada Bank Islam Malaysia Berhad melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM bersempena Program Musaadah4Student anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Penyerahan replika cek telah disampaikan oleh Encik Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan, Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad kepada Encik Md. Ishah Rahman, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) mewakili Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ USIM berkata, sumbangan ini akan disalurkan kepada sasaran pelajar iaitu seramai 6,500 orang penerima manfaat yang menetap di kolej-kolej kediaman USIM khususnya.” BeritaKampus 011

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=