e-Risalah USIM April Jun 2023

USIM–UOGperkukuh kerjasama dalambidangKewangan Islam U SIM terus mengorak langkah mempertingkat kepakaran serta memperkukuhkan kerjasama dengan University of Gloucestershire (UOG) dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam. Menurut Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, kerjasama yang diterajui oleh Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) ini adalah susulan penyertaan program United Kingdom Higher Education Collaboration Enrichment Programme (MY-UK HECEP) 2022 yang berlangsung di London pada bulan September tahun lalu. “Dalam kerjasama ini, pihak UOG menawarkan mobiliti kepada Pensyarah FEM untuk mengajar kursus dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di UOG sama ada secara dalam talian dan fizikal, disamping kerjasama lain meliputi bidang penyelidikan , penerbitan serta pertukaran kakitangan dan pelajar”, ujarnya lagi. Pertemuan rasmi delegasi USIM dan UOG turut dihadiri YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi. KarnivalMegaFatwadanHalal PeringkatKebangsaan platformsebarluaspendidikanhalal U SIM bersama Nestle Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkolaborasi menyebarluaskan pendidikan halal dengan menganjurkan Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan 2023 bermula pada 1 hingga 4 Jun 2023 bertempat di USIM. Dalam usaha menonjolkan konsep pengintegrasian fatwa dan halal, karnival yang diterajui oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM ini mensasarkan penyertaan menyeluruh daripada pakar-pakar akademik, pihak berkuasa tempatan dan rakan industri halal melalui pelbagai pengisian antaranya, showcase, seminar, forum dan kursus jangka pendek. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor dalam ucapan perasmian pembukaan berkata, jalinan kerjasama melibatkan pihak universiti dan industri ini harus diteruskan dan mendapat sokongan sepenuhnya bagi memberi aspirasi berkenaan kesedaran terhadap kepentingan pemilihan pemakanan ke arah amalan gaya hidup yang sihat, halalan toyyiban. Selain itu, antara aktiviti yang turut dijalankan adalah Mega Halal@School with Nestle, Kursus Kesedaran Halal, Konvensyen Keusahawanan Halal, Seminar Fatwa & Halal, Pertandingan Inovasi Halal Nasional (PIHaN). Pembukaan karnival ini diserikan dengan penyertaan hampir 700 peserta dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah sekitar Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur yang menyertai Mega Halal@School with Nestle menerusi program interaktif dan konstruktif pendekatan teori halal dan permainan pintar. Karnival ini turut mendapat tajaan daripada beberapa syarikat terkemuka antaranya Safi Wipro Unza, QSR Brands (M) Holdings Berhad, Mamee- Double Decker (M) Sdn Bhd dan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd. Majlis perasmian penutup telah diadakan di Dewan Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 4 Jun 2023. BeritaKampus 010

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=