e-Risalah Jul-Sept 2024
P akar bidang kewangan Islam Prof. Dr. Fauzias Mat Nor menerima Anugerah Tokoh Akademik (Hasanul Mudir) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) 2023 USIM. Anugerah tertinggi tersebut diterima bersama 143 orang staf USIM yang diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 USIM. “Saya menghargai anugerah ini dan saya perlu lebih banyak menyumbang lagi bukan sahaja kepada USIM, malah kepada Malaysia.” Itulah antara ungkapan kata syukur yang dizahirkan oleh Prof. Dr. Fauzias Mat Nor. Beliau memulakan pendidikan dengan memperoleh Diploma Perakaunan dari Institut Teknologi Mara pada tahun 1977, sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Miami, Florida, di mana beliau memperoleh Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dalam Kewangan pada tahun 1984 dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pada tahun 1985. Tidak berhenti di situ, beliau menyambung pengajian hingga ke peringkat PhD dalam Kewangan dari University College Dublin, Ireland pada tahun 1991. Beliau menyertai USIM sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) pada 2015 dan sangat aktif dalam penyelidikan, dengan pelbagai pengiktirafan termasuk anugerah dalam Malaysian Finance Association Annual Conference dan Global Business and Social Science Research Conference. Sebagai penulis prolifik, Prof. Dr. Fauzias telah menghasilkan lebih daripada 10 buah buku dan lebih 100 artikel dalam jurnal kebangsaan dan antarabangsa. Karya beliau telah mendapat pengiktirafan Anugerah Buku Negara 2023 S eorang sarjana Islam, pakar teologi, dan doktor perubatan berasal dari Syria dilantik sebagai Pensyarah Pelawat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM. Profesor Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy, seorang cendekiawan dan penulis terkenal yang berpusat di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat dilantik sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang pengajian Islam dan peranan aktifnya dalam mempromosikan keamanan dan pendidikan di peringkat global. Profesor Al-Ninowy memiliki ijazah Sarjana Muda (BA) dari Western Illinois University dalam bidang Mikrobiologi, Ijazah Doktor Perubatan (MD), dan PhD dari University of Georgia dan Universiti Al Azhar dalam bidang teologi dan Hadis. Beliau adalah pengasas Madina Institute dan beberapa pusat pendidikan di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Norway, dan Afrika Selatan. Madina Institute di Afrika Selatan merupakan sebuah universiti yang diiktiraf sepenuhnya yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda, Kepujian, dan Sarjana dalam Pengajian Islam. Beliau juga mengasaskan Madina Institute for Non- Violence and Peace Studies. Dikenali sebagai seorang cendekiawan hadis yang berwibawa, Profesor Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy disenaraikan antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. “Pelantikan beliau sebagai Pensyarah Pelawat di USIM akan memberikan sumbangan yang signifikan dalam membentuk hala tuju akademik dan penyelidikan di USIM, serta memperkukuhkan lagi peranan universiti dalam mempromosikan pendidikan Islam yang berkualiti dan bersepadu,” kata Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Pakar Kewangan Islamterima anugerah kecemerlangan tertinggi USIM Cendekiawan Islamdilantik sebagai PensyarahPelawat USIM BeritaKampus 9
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=