e-Risalah Jul-Sept 2024
D ua ahli akademik USIM telah dijemput oleh Kementerian Pertahanan Rusia sebagai pembentang ucaptama di Persidangan Keselamatan Moscow yang berlangsung pada 13 Ogos 2024. Mereka ialah Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan). Selain menjadi pembentang jemputan, Dr. Mohd Hazmi dan Prof. Rafidah turut diiktiraf sebagai ‘Sarjana Pelawat’ di ASEAN Centre, Moscow State Institute of International Relations (MGIMO), dan ‘Sarjana Pelawat’ di Institute of China and Contemporary Asia, Russian Academy of Sciences (ICCA-RAS), kedua-duanya institusi berprestij yang terletak di pusat bandar Moscow. Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, jemputan sebagai pembentang ucaptama ini adalah peluang yang diberikan susulan kunjungan Kedutaan Rusia ke USIM Jun 2024 lepas. Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar turut berkongsi perasaan gembira dan teruja dengan jemputan ini. “Saya merasa amat gembira dengan peluang untuk berinteraksi dengan pihak akademik Rusia bertukar-tukar pandangan tentang nilai kekeluargaan melibatkan isu orientasi seksual dan identiti gender. “Di samping menyampaikan kepada mereka polemik isu kesihatan terkait homoseksual, saya juga mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana Rusia memperkukuhkan nilai kekeluargaan melalui polisi menolak ideologi gender berleluasa di sekolah dan melalui pemantauan NGO”, ujarnya lagi. MGIMO merupakan universiti terbaik di Rusia yang memberi tumpuan kepada hubungan antarabangsa, manakala RAS, yang ditubuhkan tepat 300 tahun lalu pada tahun 1724, adalah salah satu institusi penyelidikan terbaik di negara tersebut. Pelantikan Dr. Hazmi dan Prof. Dr. Rafidah sebagai sarjana pelawat di dua institusi terkemuka Rusia ini adalah satu pengiktirafan bahawa USIM merupakan sebuah universiti Islam yang dihormati dan progresif. Ahli AkademikUSIMDiiktiraf sebagai SarjanaPelawat Berprestij di Rusia: Memperkukuh HubunganAntarabangsa —Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi “Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengembangkan pengaruhUSIMdanmemperkukuh hubungan akademik denganRusia. Antara perkara yang dibincangkan termasuk peluang kerjasama penyelidikan, penerbitan, dan programpertukaran pelajar yang berfokuskan kepada topik seperti undang-undangmaritimantarabangsa, dasarmaritim, undang-undang hak asasi manusia, serta isu-isu berkaitanASEANdanRusia” BeritaKampus 8
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=