e-Risalah Jul-Sept 2024
media dan USIM dan beliau percaya bahawa dengan kerjasama media dapat membantu dalam menonjolkan model pendidikan unik USIM dan pencapaiannya, sekaligus dapat mempromosikan sumbangan universiti ini kepada komuniti tempatan dan global. Kerjasama ini penting untuk memupuk pertumbuhan dan kefahaman bersama, dan untuk memastikan kerja-kerja berimpak tinggi USIM dapat sampai kepada audiens dengan lebih meluas. Majlis turut melancarkan Dokumentari Pendek USIM sebagai tanda penghargaan khas kepada pelajar dan staf Palestin di USIM bertajuk “The Great Sacrifice”. Dokumentari ini menceritakan pengorbanan dan perjuangan yang dilalui oleh tiga orang pelajar dan staf Palestin di USIM dalam usaha meneruskan pengajian dan menyampaikan ilmu dan di USIM. USIM merupakan Universiti Awam yang mempunyai pelajar Palestin paling ramai iaitu sebanyak 135 orang. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pemain industri seperti Datuk Yusof Haslam yang merupakan CEO@Faculty di USIM dan juga persembahan istimewa dari Pusat Ibnu Ummi Maktum (UMMI) iaitu Nasyid Tanpa Suara. P empengaruh media sosial kini dianggap memiliki tahap interaksi yang tinggi dengan pengikut mereka dan mampu mengaut jumlah pengikut dalam masa yang singkat. Menggunakan pempengaruh dalam strategi pemasaran produk, perkhidmatan dan sebagainya dilihat sebagai keperluan dan adakalanya sebagai ‘jalan singkat’ untuk sampai kepada masyarakat. Trend masyarakat kini lebih serasi dengan membuat carian pantas menerusi internet yang berpaut dengan beberapa platform sosial media menjadikan ianya tidak sukar. Iklan atau promosi yang memaparkan visual dan kenyataan tulisan yang lebih jelas memberi kesan yang lebih ‘menangkap mata’ dan mampu menarik perhatian dan respons. Begitu juga golongan muda yang berpengaruh mempunyai pelbagai metod yang digunakan yang dilihat wajar untuk memberi tarikan, impak dan sampai kepada masyarakat luar. Memenuhi hasrat tersebut, USIM melantik 10 pempengaruh dari kalangan pelajar dan alumni yang berkredibiliti, menyakinkan dan berdaya meningkatkan kepercayaan masyarakat untuk bertindak sebagai penyampai maklumat yang akan membantu mempromosikan dan meningkatkan keterlihatan USIM. Pempengaruh media sosial yang dilantik perlu menepati kriteria yang ditetapkan antaranya mempunyai jumlah pengikut melebihi 10 ribu dari pelbagai platform media. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata, “pelantikan barisan USIM Influencer sebagai duta kepada nilai teras dan visi USIM berlandaskan aspirasi USIM iaitu ‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai penyebar maklumat, tetapi juga sebagai agen perubahan yang mampu memberi inspirasi kepada generasi muda. Dengan platform digital yang semakin berkembang, saya yakin bahawa USIM Influencer ini akan membantu meningkatkan keterlihatan USIM melalui pelbagai bentuk inisiatif dan kerjasama penganjuran program”. 07 08 09 10 06 BeritaKampus 7
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=