e-Risalah Jul-Sept 2024
D engan membawa tema ‘Envisioning Moderate Muslims for the Contemporary World’, penganjuran Simposium Antarabangsa Malaysia Madani 2024: Islam dan Kesederhanaan oleh USIM melalui Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Angkatan Belia Islam (ABIM) merupakan yang julung kali dianjurkan. Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut menjadi panel jemputan dalam salah satu sesi perbincangan bersama sarjana jemputan seterusnya merasmikan majlis penutup simposium. Naib Canselor Prof. Ts. Dato Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, dalam usaha kita mendepani umat Islam dalam kesederhanaan, kita mesti memperkasakan belia, membina komuniti inklusif, dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Simposium ini diadakan untuk mendalami kefahaman prinsip dan nilai Islam moderat yang menjadi asas kepada idea semasa tentang Islam dan kesederhanaan. Selain itu, simposium ini juga penting untuk meneroka strategi dan amalan terbaik memupuk kewujudan bersama secara aman, bersesuaian dengan pengenalan konsep Malaysia Madani sebagai kerangka persada global. Tambahan lagi, simposium ini juga bertujuan untuk menjelaskan peranan institusi pendidikan tinggi dan karya ilmiah serta dialog akademik, antara Barat dan Timur dalam memupuk keadilan sosial, rasa hormat dan persefahaman kepada Muslim moderat menuju abad ke-15 Hijrah. Simposiumyang berlangsung selama dua hari bermula 3 dan 4 Julai 2024 ini menampilkan lebih 15 tokoh terkemuka seluruh dunia seperti Presiden InstitutMaqasidKanada, Prof Jasser Auda, ImamBesar Universiti Al-Azhar, Syeikh AhmedMohamedAhmedEl-Tayeb, KetuaEsekutif, CambridgeMuslimCollegeUnitedKingdom, Prof Joel Hayward, Mufti Australia, Dr IbrahimAbuMohamad dan beberapa lagi sarjana jemputan dari dalamdan luar negara. Simposium Antarabangsa MalaysiaMadani 2024: Islamdan Kesederhanaan USIM Anjurkan BeritaKampus 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=