e-Risalah Jul-Sept 2024
Pelantikan Profesor Dr. Nik Salida Suhaila sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di USIM dilihat sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi kedudukan universiti ini di peringkat global. Dengan visi dan kepakaran yang dimiliki, beliau dijangka akan terus memacu USIM menuju kecemerlangan akademik yang lebih besar serta memperluas jaringan kerjasama antarabangsa demi kemajuan USIM khususnya dan Malaysia amnya. Profesor Dr. Nik Salida yang dilahirkan pada 26 Februari 1975 dan berasal dari Pasir Puteh Kelantan merupakan wanita pertama memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di USIM. 4. Beliau merupakan seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam bidang Syariah dan Undang- Undang. Dengan kelayakan akademik Ijazah Doktor Falsafah dalam Undang- Undang dari University of Keele, United Kingdom, beliau sebelum ini diberi tanggungjawab sebagai Dekan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM bermula 2021 hingga 2024. 1. 3. 2. 5. P rofesor Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu, berkuat kuasa mulai 12 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2026. Majlis rasmi lantikan tersebut disempurnakan melalui sesi simbolik serahan kad staf Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang diadakan di Lobi Canselori. Sebelum itu, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan surat pelantikan kepada beliau di pejabatnya pada 12 Ogos 2024. Profesor Dr. Nik Salida SuhailaNik Saleh Dilantik Sebagai TimbalanNaibCanselor (AkademikdanAntarabangsa) Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, termasuk Anugerah Tokoh Akademik (Hasanul Mudir) USIM pada tahun 2020 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) USIM serta pelbagai anugerah penyelidikan dan penulisan sepanjang kariernya. Beliau sering diundang sebagai penceramah di peringkat antarabangsa, termasuk di universiti terkemuka seperti Universiti Oxford dan Universiti Manchester. Selain berkhidmat di USIM, beliau turut aktif dalam pelbagai organisasi penting. Beliau merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (2024-2026), Ahli Lembaga Pengarah Al-Hijrah Media Corporation (bermula 2023), dan Ahli Lembaga Penasihat di Pusat Latihan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) (2022-2024). Penglibatan beliau dalam badan-badan ini menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap isu-isu berkaitan Syariah, undang-undang, dan pembangunan sosial di Malaysia. BeritaKampus 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=