e-Risalah Jul-Sept 2024

Pihak IBFIM turut berkongsi Kerangka Kemahiran Masa Hadapan untuk Sektor Kewangan (Future Skills Framework for Malaysian Financial Sector atau FSF) yang dilancarkan pada 22 Julai 2024, telah mengenal pasti audit syariah adalah satu skil yang bukan sahaja terpakai di dalam industri kewangan Islam secara khusus, tetapi kepada industri kewangan secara menyeluruh di Malaysia. Dari 159 peranan pekerjaan yang dikenal pasti dalam kerangka ini, sebanyak 67% atau 106 peranan pekerjaan memerlukan kemahiran berkaitan dengan Syariah. Ada 5 kemahiran Syariah yang telah dikenal pasti, iaitu, Audit Syariah, Penyelidikan Syariah, Pengurusan Aset Islam, Pematuhan Syariah dan Pengurusan Risiko Syariah. FSF adalah inisiatif bersama IBFIM, Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Asian Insurance Institute (AII) dan disokong oleh Bank Negara Malaysia untuk memastikan sektor kewangan Malaysia kekal relevan dan berdaya saing di peringkat global. Ia juga bertujuan untuk melengkapkan tenaga kerja dalam sektor kewangan dengan kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi perubahan landskap teknologi dan ekonomi. USIMKumpul Pakar dari 13 Negara di Persidangan Antarabangsa Halal dan Fatwa (ICCOHAF) L ebih 110 orang peserta dari 13 buah negara menyertai Persidangan Antarabangsa Halal dan Fatwa (ICCoHaF) anjuran Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM pada 18 hingga 19 September 2024. Program yang diadakan di Nilai Spring Resort Hotel turut dihadiri oleh rakan strategik daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan University Diponegoro, Indonesia. Naib Canselor Prof. Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan perasmiannya berkata, persidangan ini diadakan dengan tujuan untuk menyediakan platform bagi perbincangan secara tuntas melalui pertukaran ilmu dan analisis kritikal terhadap isu-isu Halal dan Fatwa semasa. “Industri Halal yang merangkumi makanan, minuman, farmaseutikal, kosmetik, dan barangan pengguna lain telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara dan pengiktirafan antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pensijilan halal memastikan produk mematuhi undang-undang dan standard dan etika yang ditetapkan sekali gus memberi jaminan kepada para pengguna Islam”. “Justeru itu, Halal juga tidak boleh mengetepikan elemen Fatwa yang merujuk kepada pendapat dan hukum syarak yang disediakan oleh para sarjana Islam berdasarkan pemahaman mereka tentang sumber, prinsip dan perundangan Islam. Fatwa juga adalah sangat penting dalam membimbing umat Islam terhadap kepercayaan, etika, tingkah laku sosial dan peranan mereka dalam komuniti. Oleh itu, persidangan ini merangkumi ucaptama, perbincangan panel dan pembentangan penyelidikan mengenai pelbagai topik berkaitan Halal dan Fatwa dalam menangani isu-isu semasa, ujarnya lagi. Pegarah IFFAH, Profesor Dr. Azman Ab Rahman menekankan kepentingan Fatwa dan Halal ke arah pemerkasaan industri Halal global. Satu cabaran besar untuk memastikan rangkaian dan organisasi makanan global berdaya tahan dalam impak sosial adalah dengan mengekalkan keselamatan dan kualiti makanan sepanjang rantaian bekalan, termasuk makanan halal, yang digunakan oleh lebih 1.9 bilion umat Islam di seluruh dunia. Ujarnya lagi, penggunaan AI, IoT, blockchain dan data besar seharusnya diperluaskan untuk menambah kecekapan mengurus rantaian bekalan makanan Halal dan memastikan kebolehkesanan dan integriti Halal merentas semua sektor dalam ekosistem halal global dan domestik. Rangka kerja baharu kerjasama antara negara dan organisasi global, serta kuasa pasaran, permintaan pengguna dan peraturan kerajaan, boleh digembeling ke arah penyampaian ekosistem Halal global baharu dengan tanggungjawab sosial sebagai langkah ke terkehadapan. Sesi forum ini turut menampilkan panel-panel yang berkaliber dan terkehadapan dalam bidang masing- masing antaranya Profesor Dr. Irwandi Jaswir dari Universiti Islam Antarabangsa, YM Prof Dato Dr Haji Zulkifly bin Muda dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan wakil industri Puan Rozaina Mahmod dari Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd. Sesi pembentangan pada hari kedua diteruskan dengan penceramah jemputan dari Halal Control Germany, Universiti Diponegoro, Indonesia, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei, Tuzla University, Bosnia & Herzegovina, Wakayam University, Jepun dan dari Pusat Sains Halal, Chulalongkorn Universiti, Thailand. BeritaKampus 27

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=