e-Risalah Jul-Sept 2024

Jalin Kerjasama Perkasa Komuniti OKU Dalam Bidang Pekerjaan USIM – PERKESO Meterai Kerjasama Pembangunan Akademik dan Penyelidikan Komuniti OKU U SIM melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai langkah untuk mendokong usaha pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pengupayaan masyarakat yang inklusif. Majlis tersebut telah diadakan pada 11 Julai 2024 bertempat di Executive Lounge, Bangunan Canselori USIM. Jaringan kerjasama USIM dan PERKESO ini bakal menyumbang ke arah penambahbaikan melalui latihan, kajian dan inovasi kepada kedua belah pihak demi meningkatkan keterlihatan kedua-dua institusi khususnya dalam menguruskan keperluan pencarum dalam kalangan OKU. Melalui usaha ini, USIM akan menawarkan khidmat konsultasi dan kepakaran dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta sinergi latihan dan pemindahan ilmu bagi mendepani isu dan cabaran pekerja OKU selaras dengan matlamat PERKESO dan kesejahteraan sosial komuniti OKU. Berdasarkan perangkaan PERKESO seramai 76,390 individu berjaya kembali bekerja ke dunia pekerjaan selepas menjalani latihan pemulihan sejak program Return to Work (RTW) dilaksanakan pada 2007 hingga Mei 2024, sekali gus membuktikan prinsip ‘no one is left behind’ yang dibawa PERKESO. Majlis menandatangan ini turut menyaksikan Simbolik Pengenalan Risalah Braille Return To Work (RTW) PERKESO edisi pertama yang diserahkan kepada Dato’ Haji Mah Hassan Haji Omar, Pengarah Urusan KL Braille Resources. Program RTW ini merupakan program pengurusan hilang upaya yang dilaksanakan oleh PERKESO dalam membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja. Majlis menandatangani MoU ini telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dan Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO. U SIM melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah menandatangani Letter of Intent (LOI) Institut Agama Islam Negeri Lhokseumawe Acheh, Indonesia bagi kerjasama dalam bidang akedemik dan penyelidikan berkaitan pembangunan komuniti OKU. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian dan kejayaan UMMI yang amat dinamik dalam membangunkan komuniti OKU melalui Dakwah OKU. Usaha murni ini harus diperkukuh melalui penganjuran program inklusif berimpak tinggi khususnya untuk mengisi kelompangan komuniti OKU merealisasi konsep indahnya hidup bersyariat. “Usaha ini selaras dengan misi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi menerusi pemerkasaan bakat dan pengetahuan bagi mencapai kesejahteraan masyarakat untuk kemajuan negara yang mampan”, ujarnya lagi. Sementara itu, Rektor Institut Agama Islam Negeri Lhokseumawe Acheh Indonesia, Profesor Dr. Dr. Danial M. Ag. telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak UMMI atas sambutan dan kesudian untuk menjalinkan kerjasama tersebut dan berharap agar aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan untuk manfaat kedua-dua institusi. “Kami berharap pertemuan pada hari ini akan mengukuhkan lagi kerjasama antara USIM dan IAIN Lhokseumawe Acheh dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam membangunkan komuniti OKU serantau” ujarnya. Majlis menandatangani LOI ini telah dilaksanakan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Rektor Institut Agama Islam Negeri Lhokseumawe Acheh Indonesia, Profesor Dr. Dr. Danial M. Ag. USIM – LHOKSEUMAWE ACHEH BeritaKampus 25

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=