e-Risalah Jul-Sept 2024
Prof. Indira Parikh 50 Women in Education Leaders Pakar Kecerdasan Buatan USIM terima pengiktirafan P akar bidang Kecerdasan Buatan dari Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, menerima anugerah Prof Indira Parikh 50 Women in Education Leaders sempena World Education Congress and Awards Edisi ke-13 yang berlangsung pada 11 dan 12 Julai 2024 di Taj Lands End, Mumbai, India. Profesor Ts. Dr. Norita Md Norwawi, FASc, menerima pengiktirafan ini atas sumbangan signifikan beliau dalam bidang pendidikan, yang telah memberi inspirasi kepada generasi masa depan serta mendorong penyelidikan dan pendidikan yang berkesan. Menurut beliau, “Penghargaan ini merupakan rezeki dan juga suntikan semangat serta menginsafi bahawa Allah SWT peduli dan ketentuan Allah SWT adalah tepat pada masa dan penuh hikmah yang tersembunyi.” “Saya amat bersyukur kerana sumbangan dari USIM khususnya dan Malaysia amnya dalam dunia pendidikan mendapat perhatian dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Profesor Norita memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer pada tahun 1987 dari University of New South Wales, Australia. Beliau menerima Ijazah Sarjana dalam Sains Komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994. Pada tahun 2004, beliau memperoleh PhD yang mengkhusus dalam Perlombongan Data Temporal dan Sistem Multiagen dari Universiti Utara Malaysia. Pengkhususan penyelidikan beliau termasuk kecerdasan buatan, sistem multiagen, perlombongan data temporal, perlombongan teks, perlombongan pengetahuan, keselamatan maklumat dan aplikasi serta kandungan Islam digital. Penulisan beliau telah diterbitkan dalam lebih 200 jurnal antarabangsa dan memenangi anugerah dalam pertandingan penyelidikan dan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Antara penyelidikan signifikan beliau adalah Naqli Aqli Integrated Semantic Search Engine (NAISSE) dan National Blockchain and AI (NBAI) dengan kerjasama MOSTI. Beliau juga merupakan Ketua Pasukan Bertindak AI, Kluster Sains, Teknologi dan Inovasi, Akademi Profesor Malaysia; Naib Presiden Persatuan Saintis Muslim BeritaKampus 22
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=