e-Risalah Jul-Sept 2024
P enyertaan pelajar USIM Najmi Adli Mustaffa dalam Ihtifal Instititut Pendidikan Tinggi Peringkat Kebangsaan 2024 membuahkan hasil apabila berjaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Pidato Hal Ehwal Islam. Ihtifal Institut Pendidikan Tinggi Peringkat Kebangsaan merupakan penganjuran kali kedua oleh Universiti Tenaga Nasional, Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Sahabat UIC serta sokongan dan kerjasama beberapa agensi diadakan bermula 21 Julai hingga 24 Julai 2024. Najmi Adli Mustaffa, pelajar tahun ketiga Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang juga pengerusi Kelab Penerbitan Kreatif, Pusat Kebudayaan USIM menyifatkan bahawa kemenangannya pada kali ini dengan berbekalkan keazaman yang tinggi. “Demi minat mendalam terhadap bidang pengucapan awam ianya telah membakar semangat untuk saya berusaha gigih walaupun pertandingan diadakan dalam tempoh peperiksaan semester. Pusingan akhir jauh lebih mencabar kerana saya perlu mengolah teks sedia ada dalam tempoh masa yang agak singkat serta perlu bersiap sedia bagi sesi pidato spontan berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh juri.” Ujar Najmi bersyukur dan gembira atas kemenangan ini dan setidaknya memberi suntikan semangat serta harapan untuk yakin dan percaya dengan kemampuan diri juga rezeki kurniaan Allah SWT. Tambah beliau, ini merupakan penyertaan kali kedua dalam Ihtifal IPT peringkat kebangsaan setelah mampu melayakkan diri sebagai finalis namun gagal memperoleh kedudukan di pusingan akhir pada penganjuran terdahulu. Nur Azizah Ahmad Azam, pelajar tahun 3 Fakulti Syariah dan Undang-Undang dari kumpulan Khat Khufi Farisi juga daripada Kelab Penerbitan Kreatif berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan buat kali kedua bagi Pertandingan Seni Khat. “Alhamdulillah ini merupakan penyertaan kali kedua saya dalam Ihtifal IPT dan saya amat bersyukur kerana karya yang dihasilkan masih mendapat tempat dalam pertandingan ini. Persaingan agak sengit kerana kebanyakan peserta handal dan berpengalaman. Walaubagaimana pun saya bersyukur dengan kejayaan ini namun tidak boleh merasa selesa dan perlu pertingkatkan lagi kaedah serta kemahiran penulisan khat supaya dapat terus mengekalkan momentum di pertandingan akan datang.” Tempat pertama pertandingan seni khat Ihtifal IPT kategori Perempuan dimenangi oleh Nik Maghfirah Nik Abdul Rahman Zaki daripada Darul Quran dan tempat ketiga Nurulsuhaila Amran daripada Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN). Penuntut USIMRaihTempat di Ihtifal IPTKebangsaan 2024 Sahmura Seni USIM Lestari Bakat Seni Khat di SKBatang Benar K umpulan Seni Khat Khufi Farisi Kelab Penerbitan Kreatif dengan kerjasama Pusat Kebudayaan USIM menjalankan program USIM4Community: Lestari Bakat Sahmura Seni Asas Penulisan Khat di Sekolah Kebangsaan Batang Benar pada 29 Jun 2024. Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah terutamanya teknik asas penulisan khat. “Kita mendekati warga sekolah rendah untuk menjayakan program ini adalah untuk menyemai minat seni khat dari usia setahun jagung bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, saya juga berharap dapat melahirkan generasi muda yang handal menulis khat dan menghargai hasil seni tangan tersebut,” kata pengarah program, Nur Azizah Ahmad Azam. USIM4Community disertai oleh 30 orang murid dibimbing oleh Ahmad Subhi Suhaimi, alumni USIM yang kini berkecimpung secara serius dalam bidang penulisan khat dan turut dibantu oleh kumpulan khat Khufi Farisi sebagai fasilitator. Guru Panitia Pendidikan Islam, Faizah Zainuddin Islam berkata, “penulisan khat antara silibus wajib di dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah jadi program seperti ini amat membantu kami warga pendidik untuk memantapkan skill penulisan murid.” Peserta program Nurul Qistina menyatakan bahawa program seumpama ini amat bermanfaat dan dapat memberi pendedahan kepada murid dengan lebih meluas dan dapat mengembangkan kreativiti mereka terhadap penulisan khat. Di samping itu kerjasama penganjuran ini turut membantu persediaan sebelum berlangsungnya pertandingan penulisan khat peringkat daerah Seremban. BeritaKampus 16
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=