e-Risalah Jul-Sept 2024

F akulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM telah mengorak langkah baharu dengan meneroka peluang kerjasama melalui lawatan kerja ke beberapa institusi di United Kingdom (UK) bermula pada 21 Julai hingga 26 Julai 2024. Bermula dengan program Knowledge Transfer  yang berlangsung di Islamic Cultural Centre (ICC), delegasi dari USIM telah mengadakan program Public Lecture  dan turut mempromosikan USIM dengan orang awam yang berkunjung ke London Mosque, Regent’s Park dan Bond Street dengan berkongsi prinsip asas makanan halal, haram dan syubhah kepada komuniti London di samping mempromosikan USIM selaku Institusi Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia yang terkemuka dalam bidang Integrasi ilmu Naqli dan Aqli (INAQ). Prof Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh juga telah dijemput untuk menyampaikan Syarahan Umum di Pejabat Kedutaan Malaysia di UK sambil berpeluang untuk mempromosikan program pengajian di USIM serta kursus profesional jangka pendek yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Muslim di UK sama ada secara dalam talian ataupun fizikal. Dalam pertemuan bersama Education Malaysia London, Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri adalah sangat bermakna kerana kami turut mendapat pandangan bagaimana untuk USIM membina jenama di UK melalui kolaborasi akademik, di samping memberi pendedahan kepada masyarakat di UK berkenaan hak asasi wanita dalam Islam dan kepenggunaan halal melalui Syarahan Umum yang telah disampaikan,” katanya ketika ditemubual. The School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London juga telah membuat jemputan secara rasmi kepada Dekan FSU, Prof Dr Nik Salida Nik Salleh bersama Perunding Penjanaan, Dr Mustafa ‘Afifi Ab Halim untuk menyampaikan syarahan umum menerusi program Visiting Scholar di SOAS sekaligus memberi peluang kepada USIM untuk berkolaborasi dalam bidang penyelidikan, program pertukaran pensyarah dan pelajar serta lain-lain aktiviti akademik yang akan dirancang dari semasa ke semasa bagi memastikan sinergi kerjasama ini akan terus berlangsung. Selain itu, delegasi turut membuat kunjungan hormat ke Law School University of Keele dan Law School University of Hull untuk membincangkan agenda kolaborasi dan pengantarabangsaan bagi manfaat kedua belah pihak. Menerusi kunjungan hormat ini, USIM melalui FSU akan memanfaatkan peluang terbaik untuk meneroka peluang kolaborasi dengan universiti-universiti ternama di UK. Ini bukan sahaja akan membuka ruang untuk kerjasama akademik dan penyelidikan yang inovatif, tetapi juga akan membantu memposisikan USIM dengan lebih kukuh di arena pendidikan tinggi di Eropah. Lawatan kerja ini adalah susulan dari lawatan kerja yang telah dirintis awal oleh YBhg Naib Canselor USIM yang telah datang ke ICC pada tahun lepas dan merangka perancangan kerjasama antara USIM dan ICC. —Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri “FSU jugamelantik Professor DrMashoodBaderin dari SOAS sebagai Professor Adjung dan saya percaya dengan kepakaran beliau, dapat menyumbang idea danmenambahbaik kualiti pengajaran dan pendidikan dalambidang undang-undang khususnya”. bersama Institusi di UK USIMTeroka PeluangKolaborasi BeritaKampus 15

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=