e-Risalah Jul-Sept 2024

S eramai 37 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi USIM telah menjayakan program Jaulah Sukarelawan Semarak Siswa Madani 2024: Jejak Kasih Rembau, Siri 2.0: Komuniti Desa pada 10 Ogos 2024. Program anjuran Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) telah menyantuni komuniti desa di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan yang merupakan suku kaum “jakun”. Penasihat program Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi sumbangan dana menjayakan aktiviti libatsama masyarakat ini. “Peruntukan tersebut bertujuan untuk membuka peluang kepada warga universiti melahirkan graduan yang bersifat empati terhadap komuniti sekeliling serta berharap menjadi salah satu inisiatif melahirkan graduan yang holistik. Mahasiswa dapat memahami realiti kehidupan dunia luar selain meningkatkan rasa kesyukuran dengan segala yang diperolehi.” Libatsama sanggar bakti diterapkan secara menyeluruh dalam jaulah kali ini. Mahasiswa telah menganjurkan sukaneka sebagai ‘pemanas badan’ bersama kanak-kanak orang asli di Kampung Orang Asli Ulu Chembong. Program diteruskan dengan demonstrasi sains iaitu sanggar ilmu melalui aktiviti FastLab yang menarik perhatian dan minat penduduk kampung khusunya kanak-kanak terhadap ilmu sains. Antara demonstrasi sains yang dilakukan adalah penguraian hidrogen peroksida atau yang lebih dikenali sebagai  “Elephant Toothpaste”. Kanak-kanak dapat mengetahui lebih lanjut tentang kandungan udara di sekeliling seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida dan lain-lain. Aktiviti gotong-royong turut dijalankan bagi membersih kawasan kampung termasuk balai raya, surau dan kawasan kraftangan yang berada di kampung tersebut. Pengarah program Nursyaza Aqilah binti Mohd Shahimi berkata, mahasiswa FST khususnya amat mendokong program sebegini dilaksanakan dengan kerap bagi menyuntik semangat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa serta mendekatkan diri dengan komuniti luar. Program ini juga dapat melahirkan sikap keprihatinan terhadap semua lapisan masyarakat terutamanya warga desa. “Penghuni yang terdiri daripada bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu tetapi pengunaan bahasa ialah Bahasa Melayu Proto. Di samping itu, hanya 22 keluarga adalah Muslim daripada 80 keluarga di kampung ini. Ini kerana kebanyakkan daripada mereka menganut dan mengikuti agama kepercayaan nenek moyang mereka yang terdahulu”, ujarnya. Majlis diakhiri dengan pemberian kotak rezeki kepada Encik Ramlan bin Bakil, selaku Tok Batin (Ketua Suku Kaum) Kampung Orang Asli Ulu Chembong untuk kegunaan warga desa di sana. Beliau menegaskan bahawa pemberian ini sedikit sebanyak membantu dalam kehidupan harian untuk penduduk di sana. Jaulah Kesukarelawanan bersama komuniti orang asli Menyemai Kasih BeritaKampus 12

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=