e-Risalah Jul-Sept 2024
S eramai 500 orang belia dari kumpulan B40, mewakili 17 buah sekolah sertai Program Memperkasakan Daya Tahan Minda Melalui Kecerdasan Emosi dan Kemahiran Siber (DAMAI 2024) anjuran USIM yang berlangsung pada 26 September 2024 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan daya tahan mental serta kesejahteraan emosi dalam menghadapi cabaran dunia digital yang kian mencabar. Ia memberi fokus kepada pengembangan kecerdasan emosi dan kemahiran siber, di mana para peserta dilatih untuk mengenal pasti serta mengurus emosi dengan lebih berkesan, selain mengaplikasikan teknologi dengan bijak dan bertanggungjawab. Dalam dunia yang semakin didominasi teknologi, belia perlu memiliki daya tahan mental yang kuat untuk mengatasi cabaran seperti buli siber, ketagihan media sosial, serta keselamatan dalam talian. Datuk Haji Md Yahaya Basimin, Ahli Lembaga Pengarah USIM dalam ucapan perasmiannya berkata, dalam aspek digital, Malaysia sedang membuat langkah besar ke arah menjadi negara yang celik digital. Kerajaan ingin memastikan orang muda bersedia untuk memimpin transformasi digital ini. Naib Canselor Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata DAMAI 2024 yang diadakan di USIM adalah refleksi daripada pendekatan proaktif dalam memastikan pelajar sekolah bukan sahaja sedar tentang cabaran ini tetapi juga dilengkapi dengan kemahiran untuk menghadapinya. USIM berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam mempersiapkan golongan muda baik dari segi ketahanan mental mahupun penggunaan teknologi yang selamat dan berkesan. Ujarnya lagi, penglibatan USIM dalam program seperti ini bukan sekadar menyediakan ruang dan sumber, tetapi secara aktif menyokong inisiatif yang menyumbang kepada pembangunan holistik minda muda. USIM mahu menjadi lebih daripada sekadar pusat pembelajaran akademik, malah kami sangat mengambil berat terhadap kesejahteraan emosi dan psikologi pelajar kami serta komuniti yang lebih luas, serta kemampuan mereka untuk berkembang dalam dunia digital. Sepanjang program, peserta didedahkan kepada pelbagai teknik pengurusan tekanan, peningkatan keyakinan diri, serta memupuk sikap positif dalam menghadapi isu-isu siber. Program ini turut memperkenalkan konsep keseimbangan digital, di mana peserta akan belajar cara mengintegrasikan penggunaan teknologi dengan gaya hidup sihat dan produktif. Tingkatkan Daya TahanMinda dan KemahiranSiber USIManjur ProgramDAMAI 2024: BeritaKampus 10
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=