e-Risalah Julai-Sept 2023
K ementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara akademia dan industri. Salah satu inisiatif yang dijalankan adalah Program CEO@ Faculty (CFP) yang bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta meningkatkan kolaborasi antara industri dan akademia melalui perkongsian ilmu dan kepakaran yang boleh dimanfaatkan secara bersama. Seramai 33 orang pensyarah dan pentadbir universiti daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang mengikuti Program CFP telah melaksanakan satu projek yang dinamakan ‘Wake Up Tioman!’ iaitu projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berkumpulan. Projek CSR berkumpulan ini merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi program CFP yang diadakan di Kg Tekek, Pulau Tioman pada 20 – 22 Julai 2023. Program Wake Up Tioman! bertujuan menyumbang kepakaran dan teknologi yang terdapat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk dimanfaatkan bersama masyarakat bagi menangani kesan perubahan iklim di Pulau Tioman melalui inovasi sosial. Di bawah program ini, terdapat tiga projek yang dijalankan iaitu pembinaan tapak terumbu karang daripada botol kaca terbuang (Coral Restoration), pendidikan Sustainable Development Goals (SDG) kepada pelajar sekolah (Climate Change Warrior) dan pemindahan teknologi pembuatan baja kompos daripada sisa makanan (Waste Management). Ketiga-tiga projek ini memberi fokus kepada penerapan beberapa elemen inovasi sosial dengan minda keusahawanan iaitu meningkatkan daya saing penduduk tempatan dengan mewujudkan ekosistem terumbu karang yang lebih sihat yang berfungsi sebagai tempat pembiakan spesis marin, meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap konsep SDG melalui penubuhan kumpulan Climate Change Warrior serta mewujudkan sistem pengurusan sisa berteknologi mesra alam bersama masyarakat setempat. Projek yang mendapat sokongan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi ini juga ditaja oleh Yayasan TM dan Malaysia Rail Link (MRL) serta mendapat kerjasama penuh daripada Yayasan Universiti Multimedia, Reef Check Malaysia, Lembaga Pembangunan Tioman, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek Tioman, Sekolah Kebangsaan Tekek Tioman, dan Pertubuhan Peladang Tioman. Felo CEO@ Faculty USIM Jayakan ProgramWake Up Tioman! BeritaKampus 08
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=