e-Risalah Julai-Sept 2023
PelancaranKempen#SayangUSIM KukuhRasaKecintaanKepada Institusi K empen #SayangUSIM yang dilancarkan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Naib Canselor baru baru ini merupakan satu inisiatif bagi mengukuhkan rasa kecintaan kepada institusi. Naib Canselor Prof. Ts. Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, kempen yang dijenamakan semula dari kempen #iLoveUSIM ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif daripada warga universiti serta memupuk semangat kekitaan dan kebanggaan sebagai warga USIM. Hal ini, sekaligus dapat memotivasikan pelajar, staf dan alumni USIM untuk menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan dan kecemerlangan universiti. Selaras dengan slogan “USIM Cemerlang, USIM Disayang” yang mana setiap warga USIM diharap dapat menyayangi USIM dan menganggap USIM sebagai hak milik bersama dan berusaha memberi komitmen yang terbaik, selaras dengan penerapan lima teras profesional yang digariskan iaitu Profesional, Efisyen, Alamiyyah, Amanah dan Muafakat. USIM turut melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat USIM 2023 bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos. Bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan antaranya, Pertandingan Fotografi Kemerdekaan, Pertandingan Menulis Puisi Kemerdekaan, Pertandingan TikTok Merdeka USIM, Pertandingan Poster Kemerdekaan, Buskin Merdeka, Perbarisan dan Perarakan Merdeka Peringkat Negeri Sembilan, Bual Bicara Kemerdekaan, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kemerdekaan, Khutbah Jumaat Edisi Bulan Kebangsaan, dan Kejohanan Sepak Penalti Merdeka. USIMHasratWujudkanKursusBahasaRusia U SIM menerima kunjungan delegasi dari Moscow State University yang diketuai oleh Dr Eugenia Kukushkina. Turut bersama Encik Aleksandr Zimin dari Kedutaan Rusia bagi membincangkan kerjasama dua hala mengenai perkembangan pengajaran Bahasa Rusia di Malaysia dan juga Bahasa Malaysia di Rusia. Kerjasama ini adalah susulan daripada lawatan rasmi Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Ts Dr Sharifudin Md Shaarani ke Kazan Forum dan kerjasama bersama Kazan Federal University pada 18 Mei yang lalu. Dr Eugenia, yang merupakan Ketua Jabatan Filologi di Moscow State University berkata, terdapat sambutan hangat yang diterima oleh pelajar asing untuk mempelajari bahasa Melayu di Moscow State University. “Saya sudah berpengalaman lebih daripada 30 tahun mengajar kursus Bahasa Melayu di Universiti, termasuk di Universiti Malaya (UM). Pelajar nampak bersemangat dan gembira untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik dan saya akan pastikan mereka boleh berkomunikasi dan bertutur dalam bahasa Melayu,” ujarnya. Dr Eugenia juga berharap agar pihak Pusat Pengajian Teras (PPT) USIM dapat mengadakan jalinan kerjasama melalui MoU bersama Moscow State University supaya beberapa program dapat dijalankan seperti pensyarah jemputan (Visiting Lecturer), perkongsian akademik (Academic Talk), dan pertukaran pelajar. Perbincangan dihadiri En Khairil Azwan, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut menyokong kerjasama di antara USIM dan Moscow State University dengan lebih erat bagi memberi manfaat kepada kedua belah pihak. BeritaKampus 07
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=