e-Risalah Julai-Sept 2023

B ersempena Hari Alumni USIM 2023 yang disambut pada 9 Ogos saban tahun, Pusat Alumni dan Kerjaya membawakan Jejak Alumni@ USIM sejajar dengan Chapter USIM yang telah ditubuhkan khusus buat para alumni yang berkhidmat di dalam USIM. Perhimpunan alumni yang diadakan di Lobi Canselori telah disertai oleh lebih daripada 50 orang yang mewakili kira-kira 200 orang alumni yang telah berkhidmat di USIM. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata Alumni USIM merupakan tiang teguh kepada universiti. Keistimewaan Alumni USIM berbanding alumni universiti lain kerana membawa keunikan nilai INAQ secara langsung menjadi duta dan ejen kemajuan ummah. Beliau turut menyatakan dari sudut analogi ‘menginsankan manusia dan membumikan adab dan akhlak’. “Saya mengharapkan Alumni USIM bersama- sama dengan pengurusan universiti dalam usaha meneroka peluang-peluang baharu. Pengurusan sentiasa bersedia dan membuka ruang kepada alumni untuk menyalurkan idea baharu yang boleh menaikkan imej dan pencapaian universiti demi kemajuan pada masa akan datang dan pengurusan,” ucapnya lagi. Beliau turut menekankan agar nilai INAQ terus tersemat di dalam jiwa Alumni USIM berlandaskan dua aspek iaitu adab dan akhlak serta dan rasa sayang yang tinggi kepada USIM yang mampu meningkatkan nama baik USIM bertepatan dengan frasa ‘USIM Berjanji Pada Ibunda’. Naib Canselor turut menyampaikan sijil pelantikan kepada En. Marwan Tahir, yang bertanggungjawab sebagai ketua untuk memimpin Chapter Alumni USIM sebagai pencetus kebersamaan dalam kalangan Alumni USIM. PusatAlumnidan Kerjayalancar JejakAlumni@USIM BeritaKampus 06

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=