e-Risalah Julai-Sept 2023

T iga Penuntut USIM mengungguli Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2023 bertempat di Universiti Sultan ZainalAbidin Kampus Gong Badak apabila dinobatkan sebagai Johan kategori tilawah lelaki dan perempuan serta Naib Johan bagi Hafazan (Juzuk 1 hingga 10). Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Datuk Dr Sirajuddin’ Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang juga Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Seramai 159 peserta dari 33 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia bertanding di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2023 yang berlangsung pada 27 hingga 29 September 2023. Johan disandang oleh Muhammad A’mmar Mukhlis Abdul Mohsin ,24, mahasiswa Tahun Empat Fakulti PengajianQuran dan Sunnah, bagi kategori Tilawah (Lelaki) dengan memperoleh 94.5 peratusmarkah, manakala Nadhrah Ahmad Marzuki ,23, mahasiswa Tahun Empat Fakulti PengajianQuran dan Sunnah, mengungguli kategori Tilawah (Perempuan) denganmeraih kutipan 93.67 peratus. Masing-masing membawa pulang hadiah sijil, piala danwang tunai berjumlah RM2,000. Abdullah Afif Mohd Ariffin ,22, mahasiswa Tahun 2 ProgramFiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah danUndang- undangmerangkul Naib Johan bagi kategori Hafazan (Juzuk 1 hingga 10). Beliaumembawa pulang sijil, piala danwang tunai berjumlah RM750. 3 Penuntut USIMUngguli Tilawah dan HafazanAl-Quran antara IPT 2023 BeritaKampus 05

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=