e-Risalah Julai-Sept 2023
Pelajar CemerlangOrang Asli terima tawaran ke ProgramTamhidi USIM T imbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Taaruf berkata, “Pelajar-pelajar ini telah membuat pilihan yang tepat apabila menjadikan USIM sebagai destinasi untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. USIM amat komited untuk melahirkan ilmuan Islam yang holistik dan seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menekankan perspektif pendidikan yang menyeluruh ke arah pengaturan ilmu Naqli dan Aqli selaras dengan falsafah, misi dan visi USIM”. “Hal ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkasakan mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang mampu mendokong pembangunan Malaysia Madani. Hasrat ini juga bertepatan dengan hasrat USIM dalam memastikan graduan yang dilahirkan adalah graduan berpesonaliti unggul yang merangkumi profesionalisme, proaktif, berdaya saing dan mempunyai adab seorang insan yang sejati” ujarnya lagi. 1,111 pelajar baharu programTamhidi mendaftar di USIM Seramai 1,111 orang pelajar baharu programTamhidi Sesi Akademik 2023/2024 mendaftar di USIM mulai 25 Julai 2023. Sebanyak empat programyang ditawarkan iaitu Tamhidi Syariah dan Undang- Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi dan Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains. P elajar Cemerlang Orang Asli, Nurul Atiqah Ithnani Idrus, 18, mencipta sejarah menjadi pelajar pertama orang asli yang ditawarkan kemasukan ke Program Tamhidi (Asasi) USIM bagi Sesi Akademik 2022/2023. Lebih membanggakan anak kedua dari tiga beradik ini telah memilih Program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains bagi tempoh setahun pengajian, yang seterusnya akan ditempatkan Program Sarjana Muda di USIM. Nurul Atiqah dari suku kaum Semai ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Pahang yang memperoleh keputusan SPM 10A. Beliau juga merupakan pelajar terbaik SPM Orang Asli Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2022. Nurul Atikah juga turut layak menerima bantuan pembelajaran daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk tempoh pengajian peringkat Asasi sehingga ke peringkat Sarjana Muda. Ini merupakan sejarah buat USIM kerana bakal menerima pelajar orang asli terbaik Pahang. BeritaKampus 04
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=