e-Risalah Julai-Sept 2023

S ebagai medan pengiktirafan USIM terhadap warganya yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang tahun 2022, penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) telah berlangsung untuk meraikan seramai 139 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 25 kategori Anugerah Khas dan 2 orang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022. Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor, sumber manusia merupakan satu keperluan dan keutamaan kepada sesebuah organisasi yang mana kepakaran dan kemahiran amat didambakan untuk melahirkan sebuah organisasi yang cemerlang. Kualiti kerja amat dititikberatkan dalam pengurusan organisasi kerana kerja yang berkualiti merupakan matlamat utama dalam pekerjaan”. Seiring dengan usia penubuhannya, USIM dilihat semakin matang berdasarkan pelbagai pencapaiannya sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf yang telah bertungkus-lumus bekerjasama membangunkan Universiti yang kita sayangi ini” M ajlis Sambutan Hari Pentadbir USIM 2023 telah diadakan bersempena dengan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia pada 20 Ogos 2023 yang lalu. Sebagai sebuah persatuan yang bernaung di bawah Majlis Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas USIM (PRAGMATIS) komited untuk menjadikan sambutan ini sebagai satu usaha menghargai warga pentadbir di USIM. Majlis yang diadakan di Galeri Canselori USIM telah disempurnakan oleh Pendaftar USIM, Dato’ Hj. Muhammad Haizuan Rozali. Dato’ Haizuan dalam pidato khasnya yang penuh inspirasi bertajuk “Peranan Pentadbir Dalam Landskap Pengurusan Ilmu” menyeru para pentadbir untuk tidak mengehadkan penglibatan mereka dalam ruang lingkup sedia ada demi meningkatkan kompetensi dalam mencapai kecemerlangan kerjaya. “Dalam situasi ekonomi semasa yang mencabar ini, pentadbir adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh mencipta pendapatan dengan hasil yang menguntungkan (monetary profit) melalui pembangunan narasi berdasarkan bidang kepakaran masing-masing, mengambil kira aspek pengurusan ilmu (knowledge management)”, ujar beliau. Sambutan Hari Pentadbir USIM 2023, pentadbir perlu serlah kepakaran bidang AKI 2022 rai 166 staf cemerlang Prof. Dato’ Ts. Dr. SharifudinMd Shaarani, Naib Canselor USIM BeritaKampus 020

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=