e-Risalah Julai-Sept 2023
MembinaMahasiswaUSIM CaknaBudayadanBudi GISOJalinanKasih Bukit Tinggi, Indo nesia J auh perjalanan luas pemandangan, itulah gambaran yang dirasai oleh 39 orang mahasiswa tahun 4, Pengajian Quran dan Sunnah USIM setelah berjaya melaksanakan Program Global Islamic Student Outreach (GISO) Jalinan Kasih di bumi Buya Hamka, Bukit Tinggi, Indonesia. Menjadi mahasiswa pasca pandemik Covid-19 nyata tidak mudah. Impak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan pemerintah Malaysia pada Mac 2020 menjadi permulaan kepada generasi mahasiswa yang kurang produktif kerana kekangan terhadap pengaplikasian ilmu secara praktikal dan terjejasnya penglibatan mahasiswa di dalam aktiviti-aktiviti bersama masyarakat. Mahasiswanya amat bertuah kerana USIM merupakan satu- satunya universiti di Malaysia yang mempunyai program unik GISO yang dibentuk khusus agar mereka boleh meneroka lebih jauh melalui program pengembaraan ke luar negara sekaligus memberi ruang dan peluang kepada para pelajarnya untuk terlibat dalam aktiviti libatsama masyarakat ke serata dunia. Muhammad Wafiq Muhammad Fauzi pengarah program GISO Jalinan Kasih ini berkata, keberhasilan Program GISO nyata telah berhasil dalam memupuk jiwa mahasiswa yang lebih berdaya tahan, menghargai budaya dan budi masyarakat setempat yang dilawati, selain objektif program yang dijalankan tercapai dengan pelbagai cabaran dan kekangan dihadapi. Ujarnya lagi, beberapa program yang dirancang telah memberi impak hubungan kerjasama yang baik antara dua buah negara, Malaysia dan Indonesia melalui program-program yang signifikan dalam melahirkan mahasiswa produktif. Setiap pelaksanaan gerak kerja GISO tidak dapat disempurnakan melainkan dengan bimbingan dan nasihat rapat dari pihak Hal Ehwal Pelajar USIM (HEP), pihak Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) serta pihak Benevolent Malaysia. Antaranya adalah program Pertukaran Budaya dan Pemindahan Ilmu melalui program Keluarga Angkat dan Smart OKU di Kampung Tanjung Limau, Khidmat Masyarakat dan Jejak Tokoh Nusantara Buya Hamka di Danau Maninjau, serta lawatan ke beberapa pusat pengajian tersohor di kawasan yang dilawati. Salah seorang peserta saudari Nur Sofwa Indra turut berkongsi perasaan gembira kerana dapat menyertai program Giso Jalinan Kasih kali ini.“Kembara ini sangat bermakna kerana membawa para peserta kembali menafakkuri keindahan alam khususnya di Desa Pariangan, Danau Maninjau, Danau Singkarak dan Alahan Panjang. Tidak dapat disangkal bahawa program berskala besar ini bukan sahaja dapat melahirkan mahasiswa yang berjiwa sukarelawan, bahkan menghargai alam dan budaya”. “Lebih mengujakan, rombongan GISO ini juga amat bertuah kerana disambut meriah oleh pemerintah dalam Lawatan ke Pejabat Bupati Kebupaten Solok Selatan yang terkenal dengan kekayaan budaya dan hasil buminya”, ujarnya. Turut serta dua orang pegawai pengiring iaitu Prof. Madya Dr. Noornajihan Ja’afar dan Dr. Siti Fatimah Mohd Tawil dalam memastikan program yang dijalankan bermula 26 Ogos hingga 2 September 2023 ini berjalan dengan baik dan lancar. BeritaKampus 012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=