e-Risalah Julai-Sept 2023
USIM dan PNM Anjur Program Pensijilan Profesional Konservasi Manuskrip Melayu D alam usaha untuk memelihara ilmu khazanah manuskrip melayu, Institut Sains Islam, USIM dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Program Pensijilan Profesional Konservasi Manuskrip Melayu. Bertemakan Gen-Z Pencinta Manuskrip Warisan Bangsa, seramai 50 orang peserta dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi telah terpilih telah ‘berkampung’ selama seminggu di USIM dan 2 minggu di Perpustakaan Negara (PNM) bagi menjayakan program yang berlangsung pada 3 hingga 21 Julai 2023. Prof. Madya Dr. Azman Hashim @ Ismail, Dekan Institut Sains Islam berkata, progam Sijil ini adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman secara intensif tentang profesion kurator, melatih para peserta mengenai skop, bidang tugas dan gerak kerja berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan naskah manuskrip. Program ini dapat melahirkan eksekutif kurator yang menyokong dan memenuhi keperluan pasaran industri dari aspek pemuliharaan dan pemeliharaan warisan negara di Malaysia. Seterusnya, memberikan nilai tambah kepada para peserta yang mana Sijil Profesional Kurator ini diiktiraf oleh industri berkaitan pemuliharaan warisan seperti Muzium, Arkib, Galeri Seni, Perpustakaan dan lain-lain agensi berkaitan. Sesi kuliah disampaikan oleh tenaga pakar dalam bidang manuskrip daripada Patani, Istanbul dan Malaysia. Selain daripada itu, lawatan ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM Kuala Lumpur, Muzium Kesenian Islam (MKI), dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Setiap aktiviti yang dianjurkan dalam program ini, para peserta didedahkan dengan pemuliharaan, merawat dan menjaga warisan khazanah manuskrip- manuskrip klasik di nusantara dan rumpun ini. Turut hadir Prof. Ts. Dr. Norita Md. Norwawi, ketua Geran Program Pensijilan Profesional Konservasi Melayu. B ertemakan “Mencetus Transformasi dalam Masyarakat bagi Membendung Stigma dan Diskriminasi”, Program MyCEKAP Masyarakat iaitu Latihan Kesihatan Mental yang disertai seramai 100 orang peserta dari pelbagai latar belakang telah terlibat secara fizikal dan secara dalam talian untuk mendapatkan pendedahan mengenai isu kesihatan dan penyakit mental dalam komuniti telah berjaya diadakan di Dewan Kuliah Utama, USIM. Program ini memberi kesedaran mengenai stigma dan diskriminasi yang berkaitan dengan kesihatan mental serta cara-cara menangani isu tersebut. Pengarah Ummi Maktum, Dr. Haji Norakyairee Mohd. Raus dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini dianjurkan dengan harapan dapat memberi impak dengan membuka mata masyarakat bahawa diskriminasi dan stigma terhadap para pesakit mental dan OKU mental berkurang, dan pesakit tidak lagi malu untuk mencari dan mendapatkan rawatan. Program dibahagikan kepada tiga sesi utama dengan topik-topik yang cukup signifikan. Sesi yang pertama berfokus kepada diskusi bertajuk “Beza antara kesihatan mental vs penyakit mental”, diikuti topik “Penyakit Mental: Apakah definisinya? Adakah saya mengalaminya? Bagaimana saya mendapatkan bantuan” pada sesi kedua dan berakhir dengan sesi ketiga membincangkan tentang “Pengurusan Emosi & Kesihatan Mental Di Tempat Kerja”. Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Cawangan Komunikasi Penghakupayaan Orang Kurang Upaya (CKPOKU), Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) turut mendapat kolaborasi dari Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Sekretariat Sahabat FAQEH USIM, Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendaftar USIM serta Hospital Tuanku Ja’afar Negeri Sembilan. Program MyCEKAP Beri Pendedahan Isu Kesihatan Mental BeritaKampus 011
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=