e-Risalah Julai-Sept 2023

U SIM merealisasikan hasrat untuk mempunyai klinik pergigian bergeraknya sendiri apabila menerima kenderaan tersebut dalam satu majlis ringkas penyerahan kunci yang diadakan bertempat di Dewan Kuliah 2 USIM. USIM sebelum ini menerima peruntukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah pelaksanaan Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) sebanyak RM2.1 juta untuk projek Klinik Pergigian Bergerak Fakulti Pergigian USIM. Naib Canselor Prof Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, projek Klinik Pergigian Bergerak ini dapat merealisasikan impian Fakulti Pergigian di USIM untuk terus menabur bakti kepada masyarakat melalui program outreach dengan cepat dan meluas. Melalui program ini, rawatan pergigian dapat dibawa terus ke lokasi yang diperlukan tanpa pesakit perlu hadir ke pusat rawatan pergigian yang sedia ada sama ada di fakulti mahu pun Pusat Pakar Pergigian USIM. Bas yang diubahsuai sebagai klinik pergigian bergerak ini dilengkapi dua unit kerusi pergigian dan peralatan pergigian bagi menyediakan perkhidmatan pergigian secara outreach dengan rekabentuk kenderaan yang turut dilengkapi dengan ciri-ciri mesra OKU dan Warga Emas. Melalui Bas Klinik Pergigian Bergerak ini juga, penglibatan pelajar pergigian USIM dalam projek outreach akan dapat terus diperkasakan dan memperkenalkan mereka kepada usaha-usaha khidmat masyarakat yang lebih meluas bagi membantu kesejahteraan ummah. S eramai 19 mahasiswa program Pengajian Qiraat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM telah menganjurkan Program Khidmat Quran dan Sunnah bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sekolah Agama Pendidikan Khas (SAPK) (Pendengaran) Johor Bahru. Pelbagai pengisian yang dijalankan sepanjang program Khidmat Quran dan Sunnah Bersama OKU ini antaranya pembelajaran Al-Quran seperti kaedah Tahfiz Akhyar,Terapi wudhu’, permainan explorace dan banyak lagi. Selain itu, murid juga berpeluang mendapatkan khidmat bantuan daripada mahasiswa USIM untuk memahami kefahaman serta memperbetulkan ibadah- ibadah yang terdapat di dalam silibus pembelajaran yang juga menjadi rutin harian mereka. Program Khidmat ini juga sekaligus telah mewujudkan jalinan pintar antara pihak sekolah dengan USIM. Selain perkongsian ilmu daripada mahasisiwa USIM kepada murid-murid di SAPK Johor, pihak sekolah juga mendedahkan kepada para mahasiswa tentang rutin pembelajaran khas murid-murid di sekolah tersebut. Menurut Dr. Shah Rizul Izyan Zulkiply, pensyarah bagi subjek Aplikasi Kod Isyarat dalam Pengajaran Quran yang turut mengiringi para peserta bagi menjayakan program ini berkata, matlamat utama program adalah untuk membuka mata dan minda mahasiswa serta pihak berwajib untuk kita sama-sama menyantuni golongan istimewa ini. “Dengan adanya program sebegini, mereka akan rasa lebih dihargai dan dapat merasakan bahawa kehadiran mereka disedari oleh masyarakat sekeliling”. Salah seorang peserta saudari Norafiqah Tajudin berkata, program ini telah memberi banyak input dan pengalaman serta pendedahan baru untuk merasai sendiri cabaran-cabaran dalam usaha menyampaikan maklumat kepada murid-murid berkeperluan khas pendengaran. “Tanpa kaedah yang sesuai, seseorang itu belum tentu dapat menyampaikan ilmu dengan kefahaman yang diperolehinya kepada orang lain, lebih-lebih lagi kepada komuniti berkeperluan khas”. USIM Realisasi Hasrat Punya Klinik Pergigian Bergerak Cakna OKU, USIM Dekati Murid Sekolah Agama Pendidikan Khas BeritaKampus 010

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=