e-Risalah Jan-Mac 2024

I nternational Congress on Leadership Management, Communication, Counseling, and Religion (ICLEMCCR2024) menghimpunkan empat persidangan antarabangsa iaitu IC-DAIM, ICIMaC, MASEC, dan SIGMA dalam satu platform untuk meneroka perhubungan kepimpinan, pengurusan, komunikasi, kaunseling, dan agama dengan bertemakan ‘Integrating Leadership Management, Communication, Counseling, and Religion in Developing Dynamic and Charismatic Leaders towards the Establishment of Madani Nation,’. Majlis yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan ini telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik dalam ucapannya berkata, dalam landskap global yang terus berkembang pesat hari ini, adalah penting untuk kita merebut pendekatan holistik terhadap kepimpinan yang melangkaui sempadan tradisional dan pelbagai pandangan daripada bidang pengurusan, komunikasi, kaunseling, dan agama. Dengan menggabungkan sinergi antara semua disiplin ini, kita dapat memupuk pemimpin yang tidak hanya mahir dalam bidang masing- masing, tetapi juga memiliki asas etika yang diperlukan untuk menavigasi landskap sosio-budaya yang kompleks. Sementara itu, telah berlangsung 4TH International Conference on Islam, Media and Communication 2024 (ICIMaC 2024) yang dihadiri seramai 102 peserta secara hibrid iaitu 75 menyertai dalam talian dan 27 menyertai secara fizikal dan dari pelbagai latar belakang dari seluruh negara. Bertemakan Communication and digitisation in the Madani Society, manuskrip yang diterima selepas proses kajian akan diterbitkan sama ada di dalam jurnal SCOPUS / ERA / MYCite / yang diindeks / Penerbitan Buku / Prosiding Elektronik. S eramai 300 orang peserta dari pelbagai latar belakang terlibat dalam Program Bicara Dakwah Madani SIRI (II): Citra Dakwah Dalam Nahdah Ummah yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) USIM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) USIM dalam usaha untuk mempersiapkan mahasiswa sebagai pemimpin masa depan negara. Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dalam ucapannya berkata, program ini merupakan persediaan mahasiswa sebelum menjadi pemimpin masa depan yang mempunyai pemikiran positif, kreatif lagi kritis dalam membina keintelektualan dalam kerangka dakwah di Malaysia. “Program berbentuk diskusi seperti ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa untuk membuka minda dan fikiran anak muda kerana mereka adalah sebagai generasi pelapis yang terpaksa hidup dalam keadaan dunia yang mencabar pada hari ini,” ujarnya. Prof. Dr. Mohd Yahya mencadangkan supaya setiap siri diterbitkan dalam e-book untuk membuka peluang kepada mahasiswa untuk mencedok ilmu daripada siri-siri sebelum ini. Program ini menampilkan tokoh- tokoh ilmuan yang berbeza dengan membawa tajuk hebat dalam konteks dakwah madani untuk mahasiswa. Perkongsian penting yang disampaikan ialah kriteria imam masjid di era Sultan Suleiman yang hebat untuk dijadikan panduan kepada mahasiswa. Dato’ Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia OIC dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dalam ucapannya berkata, banyak isu-isu seperti perang gaza telah membuka mata bukan sahaja mahasiswa tetapi seluruh negara tentang pasca-penjajahan. “Anak-anak muda akan berhadapan dengan realiti dunia islam bakal lumpuh dan sudah tiada kekuatan. Mahasiswa perlu bersedia untuk menghadapi realiti dan cabaran-cabaran yang lebih besar pada zaman yang sangat membimbangkan dan untuk bersedia menghadapinya, kita perlu berbalik kepada sumber Al Quran kerana itu adalah sumber kekuatan kita,” ujarnya. Peserta Nur Izzatul Najwa Ramli, 22, berkata, program seperti ini memberi impak yang sangat besar kepada mahasiswa di mana peserta didedahkan dengan isu-isu yang sedang bergolak pada hari ini sekaligus membuka mata dan minda mahasiswa mengenai isu-isu semasa. Moderator program yang merupakan Pengarah Al-Hady Centre (Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Pulau Pinang), Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar berkata, USIM perlu melipat ganda lagi program seumpama ini kerana kita berada di dalam zaman edan yang bermaksud zaman gelap supaya dapat mendedahkan kepada anak muda zaman sekarang mengenai realiti dunia yang sebenar. BicaraDakwahMadani SIRI (II): MembentukCitraDakwah dalamNahdahUmmah untuk PemimpinMasaDepan ICLEMCCR 2024 –Himpun empat persidangan antarabangsa di USIM BeritaKampus 9

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=