e-Risalah Jan-Mac 2024

S eramai 20 mahasiswa Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, diiringi Ketua Projek iaitu Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay dan bersama dua lagi ahli projek iaitu Prof. Madya Dr. Farida Hazwani dan Prof. Madya Dr. Najwa Hayaati bergiat aktif bagi bersama komuniti masyarakat setempat dalam menjayakan Program Teen Cyber Hasanat dengan tema “Jangan Sampai Kantoi, Dik”. Program ini turut mendapat kerjasama erat dari Persatuan Penduduk Taman Dahlia (PPTD) Sepang di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bernilai RM5000 di bawah penyeliaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah diadakan di Surau Al-Islah. Program Teen Cyber Hasanat ini merupakan aktiviti komuniti masyarakat yang berterusan diadakan bertujuan memberi kesedaran keselamatan siber kepada golongan remaja yang lebih cenderung terdedah kepada teknologi maklumat dan perkara negatif sekiranya teknologi ini tidak dikendalikan dengan dengan cermat. Hasanat merupakan istilah dari Bahasa Arab yang bermaksud amalan baik yang sesuai diamalkan dalam dunia siber bagi mencegah sebarang risiko penipuan secara dalam talian. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti kuiz dalam talian, ceramah ringkas, explorace keselamatan siber, papan permainan Secure Cybercitizenship (SET) yang memperkenalkan elemen didik hibur (edutainment) dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada pemenang. Menurut Penasihat program, Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay, “Projek Cyber Hasanat dengan pendekatan papan permainan SET dalam keselamatan siber turut mendapat perhatian juri-juri antarabangsa apabila telah memenangi tempat pertama bagi Anugerah OIC-CERT (Computer Emergency Response Team) Global Cybersecurity di Abu Dhabi, UAE pada 12 Oktober 2023 yang lalu. Ia memfokuskan tiga elemen penting iaitu proses, teknologi dan komuniti”. Ia bermula dari projek inovasi sosial iaitu SET yang dibangunkan dan turut telah memenangi Pingat Emas di Malaysia Technology Expo (MTE) 2023. Sehingga kini, SET telah digunapakai di beberapa komunti Negeri Sembilan dan Selangor dengan tujuan memupuk kesedaran keselamatan siber di peringkat generasi muda termasuk dalam pembelajaran bagi kursus Masyarakat Digital Inklusif. Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah di kalangan warga USIM dan komuniti penduduk taman serta memupuk semangat kesukarelawanan. Ia memberi peluang khususnya mahasiswa USIM mendekati secara dekat dengan komuniti dan mendidik kepentingan ilmu kesedaran siber agar dapat mengurangkan kadar statistik jenayah siber yang semakin berleluasa. D alam usaha untuk mencapai impak positif dalam pembangunan kandungan e-gamifikasi serta menggalakkan inovasi dan peningkatan e-pembelajaran dalam kalangan warga USIM, sebanyak 19 kumpulan dari pelbagai fakulti dan Pusat Tangungjawab telah menyertai Pertandingan Minecraft Kampus Barakah Challenge 2023 (MKBC’23) dengan bertemakan USIM Cemerlang, USIM Disayang. Pertandingan dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) menyaksikan kumpulan Cybercraft Defender dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) merangkul Johan dengan membawa pulang wang tunai RM1,500.00 berserta sijil. Manakala Naib Johan dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Kumpulan Linguacraft dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Kumpulan Murid Falsafah dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Naib Johan membawa pulang RM1,000.00 dan Tempat Ketiga membawa pulang RM500.00 berserta sijil penyertaan. Naib Canselor Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, inisiatif e-Gamifikasi USIM ini diharapkan turut mampu menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar setiap IPT dapat mentransformasi Pengajaran dan Pembelajaran melalui kaedah Game- Based Learning yang sangat sesuai dengan jiwa generasi muda pada masa kini. “Pendekatan menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat akan menjadikan proses PdP lebih menarik, interaktif serta mengasyikkan (engaging). Ia selaras dengan hasrat KPT agar pendekatan kepada pendidikan fleksibel ditingkatkan melalui inovasi atau gamifikasi”, ujarnya lagi. Antara kriteria yang dituntut daripada para peserta dalam pertandingan ini adalah nilai integriti yang menjadi salah satu tunjang kepada Nilai Teras USIM dan pemangkin kepada kecemerlangan USIM di peringkat global, serta para peserta juga perlu mengetengahkan kebanggaan terhadap USIM selaras dengan konsep “USIM Cemerlang, USIM Disayang”. Turut hadir Puan Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan, Profesor Madya ChM. Dr. Siti Salhah Othman, Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) dan Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan Timbalan Pengarah CETL. Cybercraft Defender Juara Minecraft Kampus Barakah Challenge 2023 (MKBC’23) ProgramKomuniti Masyarakat TeenCyber Hasanat Didik Keselamatan Siber BeritaKampus 7

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=