e-Risalah Jan-Mac 2024

Jaulah Sukarelawan di Daerah Rembau BersamaKomuniti Luar Bandar S eramai 40 orang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, USIM, diiringi penasihat program iaitu Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay bergerak aktif bagi menjayakan program Jaulah Sukarelawan USIM (Semarak Siswa Madani): Daerah Rembau. Program anjuran Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dengan kerjasama MyFundAction diadakan di Balai Raya Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembilan bersama anak-anak Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim & Miskin (PEYAKIN) Negeri Sembilan. Program ini mendapat sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan yang bertujuan memberi peluang kepada warga USIM mengeratkan ikatan silaturrahim dengan komuniti khususnya masyarakat luar bandar. Pemindahan ilmu yang bermanfaat telah dikongsikan oleh mahasiswa dan penceramah jemputan berkaitan dengan ilmu sains, teknologi dan agama. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama komuniti kampung seperti “Explorace”. Bagi kanak-kanak, pengisian kuiz sirah oleh mahasiswa USIM dan aktiviti menanam pokok secara hidroponik diketuai oleh Encik Azral dan Encik Wali dari Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Menurut Pengarah Program, Ismail Dasrul, mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, aktiviti seperti ini seharusnya diadakan dengan lebih kerap bagi merapatkan jurang antara mahasiswa universiti dengan komuniti luar bandar. “Dengan peralihan arus teknologi semasa, masyarakat di negara kita, luar bandar khususnya, perlu mengadaptasi dengan perkara yang berkait dengan Sains dan Teknologi bagi mengelakkan diri mereka senang diperdaya dan meningkatkan minat dalam bidang yang semakin kurang dimonopoli di peringkat universiti”, ujarnya lagi. Program dimulakan dengan persembahan nasyid daripada kanak-kanak sebagai tanda solidariti bersama negara Palestin yang sedang bergolak dan majlis penutup diakhiri dengan penyerahan barangan keperluan persekolahan dan sumbangan hamper kepada 30 orang anak-anak yatim PEYAKIN yang hadir. Semarak Siswa Madani Majlis ditutup secara ringkas dengan pemberian cenderamata dan sesi fotografi bersama staf Education Malaysia serta diserikan lagi dengan ucapan “Saya Sayang Malaysia” oleh mahasiswa USSH pada akhir sesi yang semestinya memberi makna kasih kepada peserta GISO. Seterusnya, peserta GISO meneruskan perjalanan ke Open University of Ho Chi Minh City, diiringi oleh Dr. Azriey Mazlan. Kedatangan disambut baik oleh warga Open University (OU) yang juga berlatar belakangkan bidang Sains Komputer. Sesi lawatan dimulai dengan penerangan ringkas mengenai bumi Vietnam, sejarahnya dan budaya masyarakat. Di samping itu, sesi perkongsian ilmu dan pengalaman daripada kedua-dua belah pihak mengenai kursus Sains Komputer, latihan industri dan proses penulisan tesis. Peserta GISO turut dibawa melawat kawasan sekitar universiti termasuklah reka bentuk bangunan, perpustakaan merangkumi kemudahan fasiliti yang ada diiringi oleh pensyarah OU. Justeru, peserta GISO Vietnam berpeluang meraih pelbagai pengetahuan bermakna di samping membuka mata serta pemikiran kepada pemahaman dengan lebih mendalam. Secara keseluruhannya, program pengantarabangsaan ini berjaya mencapai objektif dengan mewujudkan jalinan kerjasama yang jitu dalam kalangan pelajar khususnya melibatkan pengintegrasian antara etnik dan budaya antara dua buah negara serta memberi peluang untuk menimba ilmu dan pengajaran di luar kelas. BeritaKampus 5

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=