e-Risalah Jan-Mac 2024

Membentuk Keterampilan Budaya dan Kolaborasi Melalui Penglibatan Global USIM Santuni Masyarakat Vietnam: K egembiraan berganda buat 20 orang mahasiswa program Keselamatan dan Jaminan Maklumat, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM bersama pegawai pengiring Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay, yang telah menjayakan misi kembara Global Islamic Student Outreach (GISO) untuk menyantuni masyarakat di sekitar Ho Chi Minh, Vietnam baru- baru ini. Bertemakan “Discovering the Insight of Culture: Tadabbur Alam di Bumi Vietnam”, misi yang berlangsung selama lima hari bermula 19 Februari 2024 adalah bertujuan untuk mengenali budaya masyarakat Vietnam dengan lebih mendalam yang merangkumi pelbagai etnik dan agama. Pelbagai aktiviti libatsama masyarakat telah dijalankan antaranya “Lets Go Green”, di Masjid Musulmane iaitu penanaman pokok bunga di sekitar kawasan masjid yang bertujuan meredupkan lagi suasana sekitar. Selain itu, aktiviti memasak juga diadakan bersama masyarakat setempat dengan memperkenalkan cara pengajian makanan tradisional etnik Banjar iaitu wadai kipeng dan turut dijamukan kepada masyarakat sekitar dan mendapat pujian di atas keenakan dan cara pengajian yang agak mudah. Para peserta turut menjalankan beberapa aktiviti bersama anak-anak masyarakat Vietnam yang berusia dari 8 hingga 20 tahun iaitu eksplorasi permainan yang terbahagi kepada beberapa stesen seperti mewarna huruf hijaiyyah yang tertera perkataan USIM, penjagaan kesihatan rambut dan aktiviti permainan tradisional Malaysia seperti lompat tikus, batu seremban dan dam haji. Pengarah program saudari Nur Nabiha Abdullah berkata, perbezaan bahasa tidak menjadi halangan bagi mahasiswa USIM untuk berkkomunikasi dan berinteraksi melalui eksplorasi permainan yang dianjurkan. “Saya berasa gembira tatkala melihat jalinan ukhuwah yang terbina antara masyarakat setempat dengan para pelajar USIM. Hal ini memberikan pengalaman baru kepada pelajar USIM dan masyarakat setempat akan keunikan budaya masing-masing”, ujarnya lagi. Sumbangan turut dihulurkan sebagai tanda kenang-kenangan kepada Masjid Musulmane antaranya adalah beberapa naskhah Yassin yang disumbangkan oleh Masjid Zaid Bin Harithah, Malaysia serta kit kebersihan dan set alat tulis untuk kanak-kanak setempat. Dalam pada itu, pada hari berikutnya, mahasiswa USIM turut berkunjung ke Education Malaysia di Ho Chi Minh City, Vietnam yang disambut mesra oleh Dr. Azriey Mazlan, Konsul (Pendidikan), Konsulat Jeneral Malaysia. Pelbagai aktiviti perkongsian ilmu telah dijalankan bersama mahasiswa University of Social Science and Humanity, Ho Chi Minh City (USSH) di EM. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi perkongsian “Cyber Hasanat” oleh saudari Yasmin bagi menerangkan kesedaran keselamatan siber dan juga jenayah siber yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kepada mahasiswa USSH. Turut diadakan sesi perkongsian ilmu “Cyber Hasanat: Secure Cybercitizenship” melalui papan permainan yang memperkenalkan elemen didik hibur (edutainment) dan bertujuan memberikan pendedahan tentang dunia siber. Walaupun dalam masa yang singkat, aktiviti ini mampu menarik minat mahasiswa USSH dan memberi input mengenai keselamatan siber secara berkesan. Projek Cyber Hasanat ini merupakan libatsama masyarakat berterusan yang juga telah dijalankan di beberapa buah sekolah sebelum ini yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay. Di samping itu, turut diadakan sesi “Let’s Get to Know Our Culture” dengan memperagakan busana tradisional dan kuih tradisi bersama mahasiswa USSH) dan aktiviti paling menarik sepanjang berada di sana adalah sesi persembahan balas yang dinyanyikan oleh mahasiswa USSH. BeritaKampus 4

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=