e-Risalah Jan-Mac 2024

L ebih 2,000 pengunjung diraikan pada Majlis Iftar Perdana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM. Pelbagai pengisian turut disajikan sempena Iftar Perdana tersebut antaranya adalah ceramah khas yang disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun bertajuk Peristiwa Agung di Bulan Ramadan dan pameran berkaitan Al-Quran. Solat tarawih dipimpin oleh Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki, Imam Masjid Negeri Selangor. Iftar Perdana USIM merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Islam bertujuan menyantuni dan merapatkan lagi ukhuwah antara warga USIM dan komuniti sekitarnya. “Budaya iftar secara besar- besaran ini perlu diteruskan dan sentiasa ditambah baik setiap tahun. Ini adalah kerana USIM merupakan Institusi Pendidikan Tinggi yang mempromosikan integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang perlu disebarluaskan kepada semua lapisan masyarakat terutama masyarakat sekitar Nilai,” kata Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. “Terima kasih juga kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kerana sudi memberi tajaan untuk menjayakan program ini. Semoga jalinan hubungan antara USIM dan BIMB yang dibina sejak 2012 akan terus bekekalan dan membuahkan hasil yang baik kelak,” tambah beliau. Turut hadir Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Ketua-Ketua Jabatan dan beberapa wakil BIMB. Iftar Perdana USIMrai 2,000 pengunjung 400pelajar USIM terima infaqmakanan iftar Meneruskan tradisi, mengeratkan ukhuwah S ebanyak 400 pek makanan berbuka puasa yang disumbangkan oleh syarikat Ikhlas Com Travel Sdn Bhd diedarkan kepada para pelajar Tamhidi dan Pelajar Antarabangsa USIM di Kolej Kediaman Satu. IKHLAS Com merupakan sebuah platform perniagaan baharu di bawah AirAsia yang bertujuan menyokong komuniti Islam di seluruh dunia dengan menyediakan akses yang tiada tandingan kepada amalan berasaskan agama. Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dalam ucapan aluannya berkata, ini merupakan kali ketiga Ikhlas Com Sdn Bhd berkolaborasi bersama USIM untuk program agihan pek iftar. ”Terima kasih kerana menjadikan USIM sebagai salah satu institusi pilihan bagi program ini. Kami amat berbesar hati dengan usaha murni dari Ikhlas Com Sdn Bhd dan berharap kolaborasi ini dapat dikekalkan pada masa hadapan. Semoga hubungan dua hala yang dibina dapat dipertingkatkan terutamanya dalam mengangkat martabat komuniti Islam diseluruh dunia menggunakan kelebihan setiap pihak”, ujarnya . Duta syarikat Ikhlas Com adalah Datuk Rosyam Nor memberi perkongsian kepada para pelajar dan hadirin yang hadir. Turut hadir Encik Ikhlas Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas Com Sdn Bhd; Dr. Fauziah Hassan Pengarah, USIM ‘Alamiyyah; Profesor Madya Chm. Dr. Juliana Jumal, Dekan Tamhidi; dan Encik Mohd Salehudin Sukor, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar. BeritaKampus 25

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=