e-Risalah Jan-Mac 2024

USIM, UNIDA Teroka Kerjasama Melalui Program Kuliah Kerja Nyata U SIM menerima kehadiran seramai 3 pensyarah dan 23 pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang program pengajian dari Universitas Darussalam, Gontor, Indonesia untuk menjalankan program Kuliah Kerja Nyata (KKN) bermula 8 Mac hingga 24 Mac 2024. Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM dalam ucapannya mencadangkan agar program sebegini boleh diperkuatkan lagi dengan pengisian program agama seperti Turath sains dan juga integrasi ilmu Naqli dan Aqli. “Ini kerana, USIM dan UNIDA mempunyai aliran atau niche pengajian yang sama dengan aspirasi memperjuangkan pengintegrasian antara ilmu Naqli dan Aqli dan juga integrasi Amal demi kebaikan umat Islam seluruh dunia,” katanya pada majlis pentutup program KKN di USIM. Selain itu, beliau juga turut mencadangkan agar USIM dapat mewujudkan program dual-degree yang mana akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak selain bersedia untuk menerima para pelajar UNIDA yang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana di USIM. Beliau juga mengharapkan agar mengaktifkan semula Konsortium i-Iqra’ bersama UNIDA dan juga universiti lain untuk memperkasakan pendidikan Islam di seluruh nusantara. Sementara itu, Dr Asif Trisnani, M.Ag, Timbalan Rektor 2 Bidang Administrasi, Pembangunan dan Kewangan, UNIDA berkata bahawa ini kali pertama UNIDA menjalankan kegiatan KKN International di Malaysia. “Kami amat berbesar hati pihak USIM sudi menerima para pelajar dari UNIDA dan menyediakan program berbentuk komuniti servis (community engagement) di USIM. Anak-anak juga melaporkan bahawa mereka sangat berpuas hati dapat bersama dengan pelajar USIM dan juga komuniti sekitar di Nilai,” katanya. USIM dan UNIDA juga telah memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada tahun lepas sehingga 15 November 2026. U SIM menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama University College Sabah Foundation (UCSF) dalam satu majlis yang diadakan di University College Sabah Foundation (UCSF). Melalui Memorandum Perjanjian ini, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM (FKAB) selaku peneraju akan memfokuskan kepada perkhidmatan konsultansi bagi membangunkan program Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian di UCSF. Inisiatif ini menjadikan UCSF sebagai Institusi Pendidikan Tinggi yang antara yang terawal di Borneo yang akan menawarkan program Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian. Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, Memorandum Perjanjian ini adalah rentetan daripada pelbagai siri perbincangan antara USIM dengan UCSF Letter of Intent (LOI) telah ditandatangani pada 27 Oktober 2023. MoA ini akan termetrai bagi tempoh perjanjian (5) tahun berkuatkuasa bermula Januari 2024. “USIM akan diketuai oleh Prof Madya Dr Nurul Syala Abdul Latip, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa selaku Ketua Konsultan dan bersama konsultan lain yang dilantik di kalangan pensyarah di Jabatan Senibina, FKAB”. Ujarnya lagi, dengan termeterainya jalinan ikatan ini, diharapkan agar hubungan dan kerjasama di antara dua institusi ini dapat memberikan manfaat bersama dalam menjadikan kerjasama ini sebagai teras kemajuan ummah sekaligus memperkasakan inisiatif Friends of Borneo di bawah payung “USIM Cemerlang, USIM Disayang”. Melalui MoA ini serta kemudahan yang dimiliki oleh kedua- dua pihak, pihak USIM dan UCSF akan dapat menghasilkan satu kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada institusi masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr Rafique Idris selaku Naib Canselor UCSF yang sudi bekerjasama dengan USIM. USIM menandatangani MoA bersama UCSF, bangunkan program Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian di UCSF BeritaKampus 23

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=