e-Risalah Jan-Mac 2024

Inovasi USIM Rangkul 9 Pingat Emas dan Anugerah Khas P usat Tamhidi USIM mencipta kejayaan manis selaku tuan rumah penganjuran Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 apabila berjaya merangkul sembilan pingat emas. Pusat Tamhidi juga turut menggondol dua anugerah khas selain meraih tujuh pingat perak dan enam pingat gangsa dalam pertandingan tersebut Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024. Pingat emas disumbangkan dari projek inovasi pelajar iaitu Non- CFCS Refrigerator; Smart Campus Mobility: Innovating Campus Life With Arduino-Based GPS Tracking; Edible Orange Straws; Pedestrian Traffic Gate (PTG); EGIP; dan Bloom Guardian. Kakitangan akademik Pusat Tamhidi juga turut menyumbang pingat emas melalui projek IFACE Version 1.0: A State of The Art Facial Recognition System for Seamless Attendance Recording; AL-INAS: Model Bahasa Arab untuk Perundangan Islam Melalui Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli; dan IENROLLHUB: Automasi Sistem Pendaftaran Penyertaan Seminar & Pertandingan Inovasi PIITRAM2024. Sementara itu, projek inovasi dari kumpulan pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi iaitu Smart Campus Mobility: Innovating Campus Life With Arduino-Based GPS Tracking berjaya meraih perhatian juri untuk menerima Anugerah Khas Projek Paling Kreatif. Inovasi ini merupakan penghasilan satu alat pengesan GPS yang dapat membantu pelajar untuk mengesan kedudukan bas yang berada di dalam kampus. Menurut ketua kumpulan, Muiz Irfan,18, idea menghasilkan inovasi ini timbul dari pensyarah mereka selain kesulitan yang sering dialami sendiri oleh beliau dan rakan -rakan lain iaitu ketinggalan bas untuk ke kuliah. “Ada kalanya bas tiba lewat untuk ke kuliah atau bertolak terlalu awal dari yang dijadualkan. Justeru melalui inovasi penciptaan alat GPS yang dihubungkan melalui satu aplikasi khas yang dimuat turun ke telefon pintar. Pelajar dapat mengetahui kedudukan bas dengan menghubungi nombor yang terdapat di dalam sistem kami ini melalui pesanan teks sahaja”. “Lebih kurang dua minggu menyiapkan projek ini dan antara cabaran besarnya ialah komponen elektrik yang sering mengalami masalah dan software coding yang menyebabkan GPS tidak berfungsi dengan baik diperingkat awal. Saya berharap inovasi ini boleh dikembangkan penggunaannya ke seluruh universiti di Malaysia kerana kami mempunyai perancangan untuk menambah fungsi baharu iaitu jangkaan masa ketibaan bas” tambahnya. Satu lagi anugerah khas diterima oleh USIM melalui Anugerah Pembentangan Terbaik (Dalam Talian) bagi projek IFACE Version 1.0: A State of The Art Facial Recognition System for Seamless Attendance Recording. BeritaKampus 11

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=