INSANIAH EDISI 1 2025

ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my 08 I NSAN I AH Teras ini juga menekankan penerapan nilai integriti, toleransi, dan tanggungjawab sosial dalam setiap aspek kepimpinan. Melalui aktiviti integrasi komuniti dan pendedahan kepada isu etika serta pencegahan rasuah, pelajar dididik untuk menjadi pemimpin Muslim yang amanah, adil dan memahami keperluan masyarakat majmuk. Secara keseluruhannya, Teras Kepimpinan berperanan melahirkan graduan USIM yang bukan sahaja berdaya saing dan profesional, tetapi juga memiliki jati diri Islam yang kuat serta berkeupayaan memimpin masyarakat ke arah pembangunan yang harmoni dan berintegriti. Teras Sukan memberi penekanan kepada pembangunan potensi diri pelajar melalui aktiviti fizikal dan riadah yang sihat. Sebanyak 19 kursus ditawarkan di bawah teras ini, meliputi pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, renang, memanah, silat, taekwondo, golf, kayak, bola tampar, dan lain-lain. Setiap kursus memberi pendedahan menyeluruh tentang sejarah, undang-undang, prinsip latihan, serta teknik permainan yang betul berasaskan sains sukan. Pendekatan teori dan amali yang digabungkan membantu pelajar menguasai kemahiran teknikal serta memahami aspek keselamatan, pengurusan pertandingan, dan kepengadilan. Teras Kepimpinan memberi tumpuan kepada pembangunan potensi pelajar sebagai pemimpin berwibawa yang berilmu, beretika dan berpaksikan nilai Islam. Di bawah teras ini, terdapat tiga kursus utama iaitu Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda, Integrasi Komuniti Malaysia, dan Integriti dan Anti Rasuah. Setiap kursus dirancang untuk memperkasa pelajar dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi serta memahami kepelbagaian sosial dan budaya masyarakat Malaysia. Pelajar turut diberi pendedahan kepada cabaran semasa dan gaya kepimpinan berkesan melalui kaedah pembelajaran berasaskan perbincangan dan projek komuniti, bagi membina kemahiran analisis dan pemikiran kritis. Selain meningkatkan kecergasan dan kesihatan fizikal, teras ini turut menekankan nilai kepimpinan, disiplin, kerjasama, dan semangat kesukanan. Pelajar digalakkan menyertai pertandingan mini dan projek akhir sebagai sebahagian daripada penilaian, sekali gus memupuk kemahiran organisasi dan tanggungjawab dalam berpasukan. Secara keseluruhannya, Teras Sukan berperanan penting dalam membentuk pelajar USIM yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga seimbang dari segi jasmani, emosi, dan spiritual — selaras dengan falsafah pendidikan berteraskan Islam dan pembangunan insan holistik. SUKAN KEPIMPINAN TERAS 2

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=