INSANIAH EDISI 1 2025
TERAS 1 ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my 06 I NSAN I AH KEBUDAYAAN Teras Pengucapan Awam menawarkan enam kursus yang memfokus kepada pembinaan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, dan keyakinan diri melalui pengucapan dalam pelbagai bahasa iaitu Pidato Bahasa Melayu, Debat Bahasa Melayu, Public Speaking, Debat Bahasa Inggeris, Al-Khitabah Al-Arabiyyah, dan Al-Munazarah Al- Arabiyyah. Setiap kursus memberi pendedahan teori dan praktikal tentang teknik penyampaian, penstrukturan hujahan, serta analisis ucapan atau debat oleh tokoh tempatan dan antarabangsa. Kesemua kursus ini bukan sekadar melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan, tetapi turut berperanan membentuk mereka sebagai pemimpin Islam yang berwibawa dan berwawasan, sejajar dengan visi dan misi USIM untuk melahirkan graduan berilmu yang mampu berkhidmat kepada masyarakat dan dunia. Teras Khidmat Komuniti menumpukan kepada pembentukan pelajar yang prihatin, berempati dan aktif menyumbang kepada masyarakat. Melalui tiga kursus utama iaitu Pengurusan Masjid, Transformasi Perlindungan Kanak-kanak, Wanita dan Warga Tua, serta Hafiz Mujtama’i. Melalui kursus-kursus ini, pelajar dilatih untuk memahami peranan sosial dan tanggungjawab sebagai Muslim profesional. Kursus-kursus ini memberi peluang kepada pelajar meneroka isu kemasyarakatan sebenar, melaksanakan projek komuniti, dan mengaplikasikan ilmu Islam dalam konteks kepimpinan, kebajikan serta pembangunan sosial. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh jati diri dan nilai ihsan, tetapi juga melahirkan graduan yang mampu berfikir kritis, berkomunikasi dengan berkesan, dan berbakti kepada ummah secara holistik. KHIDMAT KOMUNITI Teras Daya Usaha dan Inovasi menekankan pembentukan pelajar yang kreatif, berdaya saing dan berfikiran kritis melalui aktiviti berasaskan inovasi dan teknologi. Lima kursus ditawarkan di bawah teras ini iaitu Fotografi, Pembangunan Laman Web, Media Kreatif, Pementoran STREAM Bagi Makmal Sains Sekolah Menengah, dan Falak Gunaan. Setiap kursus dirangka untuk memberi pendedahan teori dan praktikal, membina kemahiran insaniah, serta menggalakkan integrasi ilmu naqli dan aqli. Melalui kursus-kursus ini, pelajar berpeluang mengasah kemahiran dalam ICT, reka bentuk digital, komunikasi saintifik dan penglibatan komuniti, seiring dengan visi USIM untuk melahirkan graduan Islam yang berpengetahuan, inovatif dan bersedia menyumbang kepada masyarakat serta dunia. DAYAUSAHA& INOVASI PENGUCAPAN AWAM Teras Kebudayaan menekankan penerapan nilai seni, warisan dan ekspresi budaya dalam kalangan pelajar bagi memperkasa jati diri serta identiti bangsa dan agama. Di bawah teras ini, sebanyak lapan kursus yang telah ditawarkan iaitu Seni Khat Arab, Seni Lukis, Nasyid, Koir, Teater, dan Kompang. Melalui kursus-kursus ini, pelajar didedahkan kepada teknik seni dan persembahan, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, serta disiplin diri. Pendekatan berteraskan pengalaman ini bukan sahaja mengasah bakat seni dan kreativiti, tetapi juga memupuk kepekaan rohani, nilai estetika Islam, serta semangat kebersamaan dalam menyemarakkan budaya kampus yang harmoni dan beridentiti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=