INSANIAH EDISI 1 2025

ALUAN PENGARAH AssalamualaikumWBTdanSalamSejahtera, Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) berjaya menerbitkan Edisi Pertama Buletin Kokurikulum Insaniah bagi tahun 2025. Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Sidang Editorial serta semua warga kerja yang komited dalam menjayakan penerbitanini. Penerbitan e-buletin ini menjadi wadah indah menghimpun jejak program, aktiviti dan pencapaian kokurikulum universiti sepanjang Januari hingga Oktober 2025. Ia bukan sekadar rekod digital, tetapi nadi inspirasi yang menyemarakkan semangatkepimpinandansahsiahpelajar. Melalui kegiatan kokurikulum, terserlah nilai kerjasama, disiplin dan tanggungjawab yang membentuk insan seimbang. Semoga lembaran ini terus menjadi jambatan penghargaan kepada semua yang berbakti serta pemangkin kepada penyertaan lebih aktif dan berimpak tinggi. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menjayakan penerbitan ini.Semogausahamurni ini terusmekardalamkeberkatandankegemilangankampus. Bersatutenagameniti kejayaan, Mendukungamanahsepenuhhati, Semogausaha jadi teladan, Mengharumnamauniversiti tercinta ini. "InsaniahAspirasi,GraduanHolistik" “KokurikulumCerminanSahsiahdanKepimpinan” Profesor Madya Ts . Dr . Sakinah Ali Pitchay Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ( PPKI ) Universiti Sains Islam Malaysia ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my 04 I NSAN I AH

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=