INSANIAH EDISI 1 2025

ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my 03 I NSAN I AH ALUAN TIMBALANNAIBCANSELOR (HAL EHWAL PELAJARDAN ALUMNI) AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuhdanSalamSejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas terbitnya edisi pertama Buletin Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PPKI atas inisiatif murni ini yang menjadi wadah perkongsian ilmu, aktiviti, dan pencapaian berkaitan pembangunan sahsiah serta kemahiran insaniah mahasiswaUSIM. Pembangunan kemahiran insaniah merupakan elemen penting dalam melahirkan graduan yang seimbang dari segi intelektual, spiritual, emosi, dan sosial. Usaha PPKI dalam memperkukuh pelaksanaan aktiviti kokurikulum, kepimpinan pelajar, serta programkesukarelawanan amat bertepatan dengan visi Universiti untukmembentuk Kampus Barakah yang menyantuni komuniti sertamelahirkanmahasiswayangberakhlakmuliadanberdayasaingdiperingkatglobal. Sayaberharappenerbitanbuletininidapatmenjadiplatformberterusanuntukmenonjolkanbakatdanpotensimahasiswa, di samping merakam perjalanan PPKI dalam mendidik, membimbing dan membentuk graduan holistik yang menjadi kebanggaanUniversiti. Sekali lagi, tahniah kepada pasukan editorial atas usaha gigih merealisasikan penerbitan ini. Semoga Buletin PPKI terus menjadi sumber inspirasi danmotivasi kepada seluruhwargaUSIMdalammemperkasa kemahiran insaniahmahasiswa ke arahkecemerlanganyangberterusan. Sekian, terimakasih. PROFESSOR DR . MUSHADDAD HASBULLAH Pejabat Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) Universiti Sains Islam Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=