INSANIAH EDISI 1 2025

USIM Menyemai Harapan Memulihara Ekosistem Paya Bakau USIM melalui Kelab UNESCO terus menunjukkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dengan menganjurkan Program Sustainagreen Together – Kelestarian Ekosistem Paya Bakau, Tanggungjawab Bersama di Taman Rekreasi Paya Bakau, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor. Program yang berlangsung pada 25 Mei 2025 ini melibatkan 22 mahasiswa dengan kerjasama komuniti setempat dan pihak pengurusan taman. Apa yang menarik? Program Sustainagreen Together kali ini menampilkan pendekatan bersepadu yang bukan sahaja menumpukan pada penanaman pokok, tetapi juga pendidikan alam sekitar secara holistik. Buat pertama kali, peserta menjalani sesi interaktif bersama komuniti tempatan bagi memahami cabaran pemuliharaan paya bakau. Diperkenalkan juga elemen “eco-reflection,” yang menggalakkan peserta berkongsi pandangan dan komitmen terhadap penjagaan alam. Pendekatan baharu ini menjadikan program lebih bermakna dan berkesan dalam membentuk sikap lestari mahasiswa USIM. Menyemai Harapan, Memulihara Alam Belajar dari Alam, Bersama Komuniti Eco-Reflection – Suara Alam dalam Diri Peserta menanam anak pokok bakau bersama komuniti tempatan bagi memulihkan kawasan terjejas dan memupuk tanggungjawab terhadap kelestarian alam. Sesi interaktif bersama pengurusan taman dan penduduk setempat memberi pendedahan sebenar tentang kepentingan serta cabaran pemuliharaan paya bakau. Melalui sesi refleksi, peserta berkongsi pandangan dan komitmen peribadi terhadap penjagaan alam, menyemai kesedaran dan nilai lestari dalam diri. ppki . usim PPKI USIM Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah ppki.usim.edu.my 18 I NSAN I AH

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=